PENEMUAN 119. Melalui rakaman-rakaman video yang telah diserahkan oleh W26, Panel berpendapat bahawa peserta perhimpunan tidak bersikap agresif dimana sebuah kenderaan PDRM yang dipandu melintasi peserta tidak diapa-apakan dan peserta dilihat memberi laluan kepada kenderaan berkenaan dan peserta dilihat tidak membawa sebarang senjata. 120. Panel mendapati bahawa tembakan gas pemedih mata telah dilepaskan oleh PDRM dari dua arah yang bertentangan dan ini telah menimbulkan kemungkinan kecederaan atau kematian terhadap peserta-peserta perhimpunan yang berada di kawasan berkenaan. 121. Terdapat juga rakaman yang dibekalkan kepada Panel menunjukkan terdapat seorang anggota telah tidak menembak ke arah bawah dan berkemungkinan telah menyebabkan kecederaan kepada W27. 122. Panel juga telah mengadakan lawatan ke tempat yang dinyatakan dan membuat pemerhatian bahawa ruang tempat menunggu bas tersebut adalah separuh tertutup dan akses untuk peserta-peserta perhimpunan bersurai secara teratur dan selamat adalah terbatas di mana hanya terdapat satu tangga dan satu eskalator untuk keluar dari ruang ini. 123. Faktor gas pemedih mata yang memasuki ruang separuh tertutup dan juga kekurangan akses untuk keluar di lokasi berkenaan menyebabkan para peserta tidak dapat bersurai dengan selamat. 124. Terdapat kemungkinan bahawa tembakan yang dilepaskan dari arah belakang oleh satu unit PDRM dilakukan berpunca dari tiada komunikasi yang jelas diantara unit-unit yang bertugas di kawasan berkenaan. 125. Melalui rakaman yang diserahkan, Panel mendapati terdapat sebilangan kecil peserta bertekad untuk meneruskan perjalanan mereka manakala hampir kesemua peserta yang lain berada di dalam keadaan statik. 27

Выберите целевой абзац3