113.
W24 dan W27 menyatakan bahawa tembakan gas pemedih mata dilepaskan dari
arah hadapan dan juga belakang dan ini telah menimbulkan kemungkinan
ancaman kepada nyawa para peserta perhimpunan.
114.
ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid (W25) menyatakan bahawa tembakan
gas pemedih mata telah dilepaskan dari bahagian hadapan apabila terdapat
beberapa peserta perhimpunan menyerbu ke arah PDRM. W25 juga menyatakan
bahawa arahan dan amaran kepada peserta untuk bersurai telah diberikan
dengan menggunakan pembesar suara.
115.
W25 menyatakan bahawa arahan jelas telah diberikan supaya tembakan tersebut
ditujukan ke arah bawah supaya tidak menyebabkan kecederaan kepada
peserta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata.
116.
W27 menyatakan bahawa tembakan tersebut ditujukan ke arah peserta
perhimpunan dan kecederaan yang dialami oleh W27 terjadi akibat terkena
kelongsong gas pemedih mata. Penyataan ini disokong oleh rakaman video yang
dibekalkan kepada Panel dan juga keterangan yang diberikan oleh W27.
117.
Inspektor Mohd Suhaibi bin Sulong (W29) yang mengetuai unit yang berada di
bahagian bertentangan dengan W25 mengakui bahawa tembakan dilepaskan
oleh unit beliau apabila melihat peserta-peserta perhimpunan berlari ke arah
beliau dan tidak mengendahkan arahan beliau untuk berhenti. W29 mengatakan
bahawa beliau tidak mengetahui bahawa tembakan gas pemedih mata telah
dilepaskan di bahagian yang bertentangan oleh unit yang diketuai oleh W25.
118.
Penyataan saksi-saksi awam ini dan juga pihak PDRM disokong oleh beberapa
rakaman video yang diserahkan kepada Panel turut menyokong pernyataanpernyataan yang telah dikemukakan kepada Panel.
26