SYOR-SYOR
108.
Pegawai yang bertanggungjawab haruslah memastikan bahawa setiap unit yang
menjalankan tugas di mana-mana kawasan haruslah diberikan taklimat yang
menyeluruh terutamanya berkenaan tempat-tempat kepentingan awam dan
sebarang tindakan yang diambil haruslah mengambil kira tempat-tempat ini.
109.
Panel menyedari struktur dan hiraki PDRM di mana mana-mana pegawai atasan
boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan tetapi untuk mengelakkan
percanggahan
arahan
dan
ketelusan
arahan
yang
diberikan,
Panel
mengesyorkan supaya arahan hanya boleh diberikan oleh Pegawai Medan dan
sekiranya tugas ini diberikan kepada mana-mana pegawai lain, ianya haruslah
dilakukan secara rasmi dan mengikut prosedur yang diamalkan oleh PDRM.
110.
Penggunaan sebarang alat terutamanya yang diklasifikasikan sebagai senjata
yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan seharusnya tidak dibenarkan di
dalam mahupun di sekitar kawasan berkepentingan awam seperti hospital dan
sekolah.
Penggunaan Gas Pemedih Mata di Kawasan di KL Sentral
111.
Maria Chin Abdullah (W24), Dato‟ Ambiga Sreenevasan (W26) dan Fayyadh Afiq
Albakqry (W27) telah menyatakan bahawa tembakan gas pemedih mata telah
dilepaskan terhadap peserta-peserta perhimpunan yang berada di bahagian
bawah tempat menunggu bas KL Sentral yang agak bertutup. Tembakan gas
pemedih mata ini telah menyebabkan keadaan huru-hara di mana kawasan ini
tidak mempunyai ruang udara yang cukup di samping kekurangan cahaya dan
akses untuk bersurai.
112.
W24 DAN W26 menyatakan bahawa peserta yang berada di lokasi berkenaan
tidak membawa apa-apa senjata dan tidak menunjukkan sikap agresif. W26 telah
menyerahkan klip video berkenaan keadaan di lokasi semasa peserta melalui
kawasan tersebut.
25