Panel juga memandang berat tembakan gas pemedih mata di sekitar HTS dan
HBC. Walaupun tiada bukti kukuh yang menunjukkan gas pemedih mata
dilepaskan di dalam perkarangan HTS dan HBC, Panel berpendapat kesan gas
pemedih mata dapat dirasai dan masuk ke dalam bangunan utama HTS.
103.
Panel berpendapat bahawa walaupun tiada bukti dikemukakan bahawa gas
pemedih mata dilepaskan ke dalam perkarangan HTS, gas pemedih mata yang
dilepaskan di sekitar Jalan Pudu berkemungkinan besar memasuki HTS dimana
kesan tersebut dirasakan oleh W22 dan juga W11 yang ditangkap di HBC yang
terletak bersebelahan dengan HTS. Panel juga berpendapat bahawa tembakan
meriam air dan gas pemedih mata telah dilepaskan dari kedua arah
bertentangan
dan
ini
menyebabkan
peserta
perhimpunan
tersepit
dan
mengalami kesukaran untuk bersurai.
104.
Kenderaan meriam air yang digunakan oleh oleh PDRM adalah lama dan
meninggikan risiko keselamatan dan kecuaian kepada pegawai dan anggota
PDRM yang mengendalikan kenderaan. Faktor ini juga mempengaruhi penilaian
pegawai dan mungkin menyebabkan kelambatan pegawai bertanggungjawab
membuat keputusan.
105.
Terdapat keraguan berkenaan tiadanya taklimat yang diberikan kepada unit-unit
yang bertugas di sekitar kawasan berkenaan mengenai kewujudan kawasankawasan yang mempunyai kepentingan awam seperti hospital, sekolah dan
tempat ibadat. Setiap pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan tersebut
mestilah diberi taklimat dan dimaklumkan tentang maklumat-maklumat penting.
106.
Panel merasakan bahawa tindakan PDRM untuk mengejar peserta sehingga ke
HTS dan HBC adalah tidak wajar kerana peserta telah terkepung dan tidak
mempunyai peluang untuk beredar dan bersurai.
107.
Menurut W21, arahan telah datang dari pelbagai pihak atasan dan ini telah
menimbulkan kekeliruan dan Panel berpendapat bahawa kekeliruan ini telah
menyumbang kepada penembakan meriam air ke perkarangan HTS dan HBC.
24