Panel juga memandang berat tembakan gas pemedih mata di sekitar HTS dan HBC. Walaupun tiada bukti kukuh yang menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di dalam perkarangan HTS dan HBC, Panel berpendapat kesan gas pemedih mata dapat dirasai dan masuk ke dalam bangunan utama HTS. 103. Panel berpendapat bahawa walaupun tiada bukti dikemukakan bahawa gas pemedih mata dilepaskan ke dalam perkarangan HTS, gas pemedih mata yang dilepaskan di sekitar Jalan Pudu berkemungkinan besar memasuki HTS dimana kesan tersebut dirasakan oleh W22 dan juga W11 yang ditangkap di HBC yang terletak bersebelahan dengan HTS. Panel juga berpendapat bahawa tembakan meriam air dan gas pemedih mata telah dilepaskan dari kedua arah bertentangan dan ini menyebabkan peserta perhimpunan tersepit dan mengalami kesukaran untuk bersurai. 104. Kenderaan meriam air yang digunakan oleh oleh PDRM adalah lama dan meninggikan risiko keselamatan dan kecuaian kepada pegawai dan anggota PDRM yang mengendalikan kenderaan. Faktor ini juga mempengaruhi penilaian pegawai dan mungkin menyebabkan kelambatan pegawai bertanggungjawab membuat keputusan. 105. Terdapat keraguan berkenaan tiadanya taklimat yang diberikan kepada unit-unit yang bertugas di sekitar kawasan berkenaan mengenai kewujudan kawasankawasan yang mempunyai kepentingan awam seperti hospital, sekolah dan tempat ibadat. Setiap pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan tersebut mestilah diberi taklimat dan dimaklumkan tentang maklumat-maklumat penting. 106. Panel merasakan bahawa tindakan PDRM untuk mengejar peserta sehingga ke HTS dan HBC adalah tidak wajar kerana peserta telah terkepung dan tidak mempunyai peluang untuk beredar dan bersurai. 107. Menurut W21, arahan telah datang dari pelbagai pihak atasan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan Panel berpendapat bahawa kekeliruan ini telah menyumbang kepada penembakan meriam air ke perkarangan HTS dan HBC. 24

Выберите целевой абзац3