dihentikan dan menutup „valve‟ saluran air dan memaklumkan perkara berkenaan
kepada W21.
97.
Sarjan Izlan bin Salim (W19) yang merupakan operator meriam air di kenderaan
berkenaan
juga
perkarangan HTS
mengatakan
tetapi
bahawa
tembakan
meriam
air
memasuki
tembakan diberhentikan selepas menyedari dan
menerima arahan untuk berhenti melakukan tembakan meriam air.
98.
W21, W17 dan W19 bersetuju bahawa faktor-faktor yang dinyatakan di perenggan
95 merupakan punca tembakan meriam air memasuki perkarangan HTS.
99.
Zailani bin Hashim (W20) yang merupakan Setiausaha Siasatan Dalaman
Kementerian Kesihatan Malaysia – Dakwaan Insiden Tembakan Gas Pemedih Mata
& Semburan air di Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur menyatakan bahawa siasatan
yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa
tembakan meriam air memasuki perkarangan HTS dan HBC tetapi tidak memasuki
bangunan utama hospital. Walau bagaimanapun, W20 mengatakan bahawa
terdapat kenyataan saksi Siasatan Dalaman KKM yang mengatakan bahawa
kesan gas pemedih mata dapat dirasai di bangunan utama.
100.
W20 juga menyatakan bahawa siasatan KKM mendapati bahawa langkahlangkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan HTS telah meminimakan kesan
gas pemedih mata yang dilepaskan oleh PDRM di kawasan berkenaan.
PENEMUAN
101.
Berdasarkan pernyataan saksi-saksi dan klip-klip video, adalah didapati tembakan
meriam air memasuki perkarangan HTS tetapi tidak dapat dipastikan samada
tembakan meriam air memasuki atau kena bangunan utama yang menempatkan
pesakit.
102.
W21 mengakui bahawa beliau telah melihat dan mengetahui kewujudan HTS dan
HBC tetapi tetap menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta dan
tembakan meriam air ini dipercayai telah memasuki perkarangan HTS dan HBC.
23