92.
W21 juga menyatakan bahawa walaupun beliau telah melihat tanda nama HTS
tetapi beliau diarahkan oleh ASP Karthik Karthikeyan a/l Wassu (W30) untuk
meneruskan tembakan meriam air di kawasan berkenaan untuk meleraikan
peserta perhimpunan.
93.
W30 menafikan bahawa beliau memberi arahan kepada W21 untuk meneruskan
tembakan meriam air dan menyatakan bahawa beliau hanyalah pegawai yang
diarahkan untuk melaporkan sebarang kejadian di kawasan Jalan Pudu.
94.
W21 menyatakan bahawa setelah membuat penilaian bahawa sekiranya pesertapeserta perhimpunan tidak disuraikan, peserta akan berhimpun semula dan
keadaan mungkin akan menjadi tidak terkawal. W21 telah mengarahkan supaya
tembakan meriam air yang dicampur dengan gas pemedih mata digunakan
pada jam 3.13 petang selepas arahan untuk bersurai diberikan sebanyak tiga (3)
kali dan W21 berpendapat bahawa arahan tersebut telah diberikan secara terang
dan jelas.
95.
W21 mengatakan bahawa tembakan menggunakan meriam air sememangnya
memasuki kawasan HTS tetapi tembakan tersebut tidak disengajakan berdasarkan
beberapa faktor:
i.
Peserta lari memasuki HTS
ii.
W21 tidak mengetahui terdapat hospital di kawasan berkenaan
iii.
Kenderaan meriam air adalah uzur dan lapisan plastik di cermin kenderaan
yang lama menyukarkan pegawai-pegawai yang membuat penilaian
melihat keadaan sebenar di luar kenderaan.
96.
Inspektor Norhisham bin Razali (W17) merupakan pegawai pengawal di dalam
kenderaan meriam air turut mengakui bahawa tembakan meriam air memasuki
kawasan perkarangan HTS tetapi tidak kena bangunan HTS yang menempatkan
pesakit-pesakit. W17 menyatakan bahawa sebaik sahaja beliau menyedari
kewujudan HTS, beliau telah memberi arahan supaya tembakan meriam air
22