Berhormat Sivarasa Rasiah sedang bercakap dengan beberapa Pegawai PDRM dan kemudiannya YB R Sivarasa dilihat ditahan oleh PDRM. W22 kemudiannya mengatakan bahawa beliau melihat tembakan gas pemedih mata dan meriam air dilepaskan di sekitar Jalan Pudu dan W22 dapat merasakan kesan gas pemedih mata ketika itu. W22 mengatakan bahawa wap tembakan gas pemedih mata memasuki kawasan HTS dan tembakan meriam air mengenai perkarangan HTS dan tempat letak kereta berbumbung HTS. 88. W22 menyatakan bahawa kira-kira jam 4.00 petang, tembakan meriam air sekali lagi telah dilepaskan ke arah HTS dan tembakan gas pemedih mata telah memasuki perkarangan HTS. W22 juga menyaksikan pihak PDRM telah mengejar peserta-peserta perhimpunan dan memasuki perkarangan HTS. W22 menyatakan bahawa beliau melihat beberapa peserta dipukul oleh anggota-anggota Polis yang melakukan tangkapan berkenaan. Walau bagaimanapun, W22 tidak cam anggota-anggota yang didakwa melakukan kekerasan tersebut. 89. Yap Jee Kit (W11) juga menyatakan bahawa beliau merasakan kesan gas pemedih mata dan yang dilepaskan oleh PDRM di sekitar jalan Pudu pada kira-kira jam 3 petang dan beliau telah lari ke HBC untuk mencari perlindungan dan W11 juga melihat kelongsong gas pemedih mata di tempat letak kereta HBC. 90. W11 yang ditangkap di HBC menyatakan bahawa rupa bentuk bumi di HBC menyebabkan tiada akses untuk peserta bersurai. 91. ASP Halimi bin Hamidi (W21) adalah merupakan Pegawai Operasi yang bertanggungjawab di dalam menyelia dan menilai penggunaan meriam air. W21 menyatakan bahawa sebagai garisan panduan am, penggunaan gas pemedih mata dan meriam air tidak boleh digunakan dalam kawasan-kawasan sensitif seperti rumah ibadat dan hospital. Walau bagaimanapun, W21 menyatakan bahawa beliau tidak diberi sebarang taklimat tentang kewujudan kawasan berkepentingan awam seperti Hospital dan tempat ibadat di sekitar kawasan operasi pada 9 Julai 2011. W21 menyatakan bahawa beliau hanya menyedari kewujudan HTS selepas tembakan meriam air dilakukan buat kali pertama di kawasan HTS pada kira-kira jam 3.13 petang. 21

Выберите целевой абзац3