113. W24 dan W27 menyatakan bahawa tembakan gas pemedih mata dilepaskan dari arah hadapan dan juga belakang dan ini telah menimbulkan kemungkinan ancaman kepada nyawa para peserta perhimpunan. 114. ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid (W25) menyatakan bahawa tembakan gas pemedih mata telah dilepaskan dari bahagian hadapan apabila terdapat beberapa peserta perhimpunan menyerbu ke arah PDRM. W25 juga menyatakan bahawa arahan dan amaran kepada peserta untuk bersurai telah diberikan dengan menggunakan pembesar suara. 115. W25 menyatakan bahawa arahan jelas telah diberikan supaya tembakan tersebut ditujukan ke arah bawah supaya tidak menyebabkan kecederaan kepada peserta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata. 116. W27 menyatakan bahawa tembakan tersebut ditujukan ke arah peserta perhimpunan dan kecederaan yang dialami oleh W27 terjadi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata. Penyataan ini disokong oleh rakaman video yang dibekalkan kepada Panel dan juga keterangan yang diberikan oleh W27. 117. Inspektor Mohd Suhaibi bin Sulong (W29) yang mengetuai unit yang berada di bahagian bertentangan dengan W25 mengakui bahawa tembakan dilepaskan oleh unit beliau apabila melihat peserta-peserta perhimpunan berlari ke arah beliau dan tidak mengendahkan arahan beliau untuk berhenti. W29 mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui bahawa tembakan gas pemedih mata telah dilepaskan di bahagian yang bertentangan oleh unit yang diketuai oleh W25. 118. Penyataan saksi-saksi awam ini dan juga pihak PDRM disokong oleh beberapa rakaman video yang diserahkan kepada Panel turut menyokong pernyataanpernyataan yang telah dikemukakan kepada Panel. 26

Выберите целевой абзац3