SYOR-SYOR 126. Walaupun terdapat bukti beberapa peserta perhimpunan menyerbu ke arah pihak PDRM, Panel berpendapat bahawa cara yang digunakan untuk menyuraikan peserta di kawasan KL Sentral tidak bersesuaian kerana faktor lokasi dan keadaan kawasan tersebut. Cara penyuraian yang digunakan oleh PDRM haruslah bersesuaian dengan risiko keselamatan terhadap peserta, orang ramai yang kebetulan berada di lokasi berkenaan mahupun kepada PDRM sendiri. 127. Penggunaan gas pemedih mata atau sebarang cara lain untuk menyuraikan peserta yang boleh menyebab atau meningkatkan risiko kecederaan di kawasan yang tertutup seharusnya tidak dibenarkan. 128. PDRM haruslah memastikan bahawa setiap Unit yang bertugas di kawasan yang sama berkomunikasi dan setiap tindakan oleh unit yang lain diketahui oleh unit yang lain. 28

Выберите целевой абзац3