BAB 5
RINGKASAN PENEMUAN DAN SYOR PANEL
i.
ii.
Laporan Media
Perhimpunan Awam
PENEMUAN: LAPORAN MEDIA
129.
Setelah meneliti semua rekod dan keterangan yang telah diberikan, Panel
berpendapat bahawa bahan yang disiarkan oleh media, terutamanya media arus
perdana telah menggambarkan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai satu gerakan
yang akan menimbulkan kekacauan. Sebagai contoh, New Straits Times di dalam
satu artikel yang disiarkan pada 13 Jun 2011 memuatkan pendapat beberapa Ahli
Parlimen
Bebas
yang
menyuarakan
pandangan
mereka
bahawa
tujuan
perhimpunan tersebut adalah tidak sihat dan akan mengancam keselamatan di
dalam negara. Pendapat yang sama juga terkandung di dalam satu artikel yang
dimuatkan di Utusan Malaysia bertarikh 22 Jun 2011 di mana individu-individu yang
ditemubual mengatakan bahawa mereka mewakili masyarakat umum dan
mereka berpendapat bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan menimbulkan huruhara dan sekaligus menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.
130.
Selain itu terdapat usaha dari pelbagai pihak untuk menafikan W26 dari
menyuarakan pendapat beliau. Usaha-usaha ini, antara lain telah mencerminkan
W26 sebagai seorang rakyat yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan
dan undang-undang negara. Panel ingin menarik perhatian kepada artikel yang
telah diserahkan oleh W26 kepada panel seperti yang disiarkan oleh Berita Minggu
pada 26 Jun 2011 di mana artikel ini, antara lain mengatakan bahawa sebagai
seorang peguam, W26 seharusnya mengetahui peruntukan undang-undang dan
tindakan W26 untuk menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah secara terangterangan dengan sengaja melanggar undang-undang berkaitan perhimpunan.
29