BAB 4 PELANGGARAN HAK ASASI SEMASA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 Hanafi bin Hawari (W4) 38. Hanafi bin Hawari (W4) menyatakan bahawa semasa beliau berada di hadapan bangunan Maju Junction pada kira-kira jam 3 petang pada 9 Julai 2011, beliau telah dikejar oleh sekumpulan anggota PDRM di mana beliau telah ditangkap dan dipukul semasa tangkapan dibuat. W4 menyatakan bahawa semasa tangkapan dibuat, beliau menyertai perhimpunan berkenaan dan memakai baju berwarna kuning yang berkait dengan perhimpunan BERSIH 2.0. W4 mengatakan bahawa beliau sedang bersiap untuk bersurai selepas mendengar arahan dari PDRM untuk bersurai tetapi beliau telah dikejar dan ditangkap sebelum sempat bersurai. 39. W4 menyatakan bahawa semasa beliau ditangkap, beliau telah dimaki dan dipukul oleh anggota PDRM yang melakukan tangkapan tersebut. W4 juga tidak dimaklumkan alasan penangkapan beliau. 40. W4 juga menyatakan bahawa beliau telah dimaki dengan menggunakan katakata kesat dan disembur dengan semburan lada sulah oleh anggota-anggota PDRM semasa dibawa ke kenderaan PDRM dan juga semasa berada di dalam kenderaan PDRM. Walau bagaimanapun, W4 tidak dapat mengenalpasti anggota-anggota yang didakwa melakukan perkara-perkara tersebut. 41. ASP Aron a/l Din Chean (W5) yang bertugas sebagai ketua pasukan tangkapan di kawasan bangunan Maju Junction menyatakan bahawa W4 telah ditangkap kerana menyertai perhimpunan berkenaan dan memakai baju yang dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH 2.0. 42. Konstabel Shahril bin Fadzali (W15) merupakan salah seorang anggota PDRM yang menangkap W4. W15 menyatakan bahawa beliau melihat W4 terjatuh semasa cuba mengelakkan diri dari ditangkap dan kecederaan yang dialami oleh W4 adalah disebabkan W4 jatuh semasa cuba melarikan diri. 12

Выберите целевой абзац3