43.
W5 juga mengesahkan bahawa walaupun beliau tidak melihat W4 sebelum
tangkapan dibuat, beliau tidak nampak sebarang senjata dibawa oleh manamana individu yang berkumpul berhampiran bangunan Maju Junction.
44.
Dr Abd Adzim E Arim Sasi (W14) merupakan doktor yang telah merawat W4 pada
jam 2.00 pagi, 10 Julai 2011. W14 menyatakan bahawa W4 mengalami calar di
bahagian muka di sebelah kiri dan kanan serta pendarahan di bahagian mata kiri.
Beliau telah membuat lakaran berkenaan kecederaan W4 dan telah diserahkan
kepada Panel. W14 menyatakan bahawa kecederaan W4 adalah tidak serius dan
ianya disebabkan oleh pergeseran anggota badan yang berkenaan dengan
permukaan kasar. W14 juga menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang bukti
yang menunjukkan kecederaan tersebut dilakukan oleh anggota-anggota yang
melakukan tangkapan.
45.
Selain dari keterangan oleh saksi W5, W14 dan W15, tiada sebarang saksi, gambar
atau rakaman video menunjukkan kejadian tangkapan W4 oleh PDRM.
Yap Jee Kit
46.
Yap Jee Kit (W11) menyatakan bahawa beliau dan sekumpulan peserta yang lain
telah memasuki kawasan Hospital Bersalin Cina (HBC) untuk mencari tempat
berlindung apabila tembakan gas pemedih mata dan meriam air dilepaskan oleh
FRU di sekitar jalan Pudu pada kira-kira jam 3 petang.
47.
W11 bersama beberapa individu yang lain mengambil keputusan untuk membuat
rantai tangan untuk mencegah mereka dari ditangkap. W11 menyatakan bahawa
sekumpulan anggota Polis telah merempuh dan menangkap mereka dan di
dalam proses penangkapan, W11 mendakwa kepala beliau telah dipukul dengan
baton, ditendang dan ditolak secara kasar ke tanah dan baju beliau telah ditarik
ke atas dan digunakan untuk menutup kepala beliau untuk mengelakkan beliau
dari melihat.
13