BAB 4
PELANGGARAN HAK ASASI SEMASA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0
Hanafi bin Hawari (W4)
38.
Hanafi bin Hawari (W4) menyatakan bahawa semasa beliau berada di hadapan
bangunan Maju Junction pada kira-kira jam 3 petang pada 9 Julai 2011, beliau
telah dikejar oleh sekumpulan anggota PDRM di mana beliau telah ditangkap dan
dipukul semasa tangkapan dibuat. W4 menyatakan bahawa semasa tangkapan
dibuat, beliau menyertai perhimpunan berkenaan dan memakai baju berwarna
kuning yang berkait dengan perhimpunan BERSIH 2.0. W4 mengatakan bahawa
beliau sedang bersiap untuk bersurai selepas mendengar arahan dari PDRM untuk
bersurai tetapi beliau telah dikejar dan ditangkap sebelum sempat bersurai.
39.
W4 menyatakan bahawa semasa beliau ditangkap, beliau telah dimaki dan
dipukul oleh anggota PDRM yang melakukan tangkapan tersebut. W4 juga tidak
dimaklumkan alasan penangkapan beliau.
40.
W4 juga menyatakan bahawa beliau telah dimaki dengan menggunakan katakata kesat dan disembur dengan semburan lada sulah oleh anggota-anggota
PDRM semasa dibawa ke kenderaan PDRM dan juga semasa berada di dalam
kenderaan PDRM. Walau bagaimanapun, W4 tidak dapat mengenalpasti
anggota-anggota yang didakwa melakukan perkara-perkara tersebut.
41.
ASP Aron a/l Din Chean (W5) yang bertugas sebagai ketua pasukan tangkapan di
kawasan bangunan Maju Junction menyatakan bahawa W4 telah ditangkap
kerana menyertai perhimpunan berkenaan dan memakai baju yang dikaitkan
dengan perhimpunan BERSIH 2.0.
42.
Konstabel Shahril bin Fadzali (W15) merupakan salah seorang anggota PDRM yang
menangkap W4. W15 menyatakan bahawa beliau melihat W4 terjatuh semasa
cuba mengelakkan diri dari ditangkap dan kecederaan yang dialami oleh W4
adalah disebabkan W4 jatuh semasa cuba melarikan diri.
12