SYOR-SYOR
34.
Di sini Panel ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya dan Panel sendiri mengakui
dan menghormati kebebasan media untuk menyiarkan apa sahaja berita yang
difikirkan layak dan menyuarakan apa sahaja pendapat yang dirasakan sesuai.
Tetapi Panel juga berpendapat bahawa media haruslah lebih bertanggungjawab
dan perlu menyiarkan berita yang seimbang dan dipastikan kesahihannya. Pihak
pengurusan
terutamanya
penyunting
haruslah
lebih
peka
dan
sentiasa
memastikan kesahihan berita yang akan disiarkan.
35.
Media seharusnya menyiarkan berita secara neutral dan memberikan maklumat
yang penuh tentang sesuatu isu atau perkara tanpa memihak kepada manamana pihak. Liputannya juga haruslah dibuat secara tidak bias, berat sebelah dan
prejudis. Begitu juga segala fakta berkenaan isu yang dibincangkan haruslah disiar
untuk membantu masyarakat membuat penilaian sendiri. Ini adalah kerana media
memainkan peranan yang penting dalam membantu masyarakat membuat
penilaian yang betul terhadap apa-apa perkara atau isu, iaitu dengan
membekalkan kepada masyarakat umum maklumat yang benar serta tepat dan
dengan penuh tanggungjawab.
36.
Panel juga mengambil maklum bahawa media mempunyai tanggungjawab untuk
merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik perhatian orang
ramai. Di dalam memenuhi tanggungjawab ini, Panel berpendapat bahawa
pengamal-pengamal media haruslah melunaskan tanggungjawab
tersebut
secara professional dan beretika.
37.
Begitu juga hak untuk mendapat keselamatan dan kebebasan dari gangguan
haruslah diambil kira dalam apa-apa penyiaran yang dilakukan oleh media.
Sebarang maklumat tidak berkenaan yang mungkin akan menimbulkan isu
keselamatan seperti alamat rumah dan nombor telefon persendirian mana-mana
individu haruslah dielakkan dari disiarkan.
11