MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Prinsip 5 – Kebertanggungjawapan Temubual yang berkesan memerlukan institusi yang telus dan bertanggungjawab. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Huraian Prosedur Institusi dan Kajian Semula 5.1 Prosedur operasi standard, tatakelakuan atau arahan jabatan lain daripada pihak berkuasa menyumbang kepada amalan temubual yang berkesan dan mendorong perubahan dalam budaya institusi. 5.2 Selaras dengan Artikel 11 Konvensyen PBB menentang Penyeksaan, pihak berkuasa hendaklah membuat kajian semula yang sistematik, menyeluruh dan luas terhadap peraturan, arahan, kaedah dan amalan yang sedia ada yang berkaitan dengan temubual. Berdasarkan penilaian ini, pihak berkuasa siasatan patut mengadaptasi dan menghebahkan prosedur operasi standard, dasar dan tatakelakuan bagi menetapkan piawaian yang boleh dikuatkuasakan bagi agen yang mengendalikan temubual. Norma sedemikian hendaklah konsisten dengan piawaian yang diakui di peringkat antarabangsa mengenai perlakuan kakitangan penguatkuasa undang-undang dan pegawai lain yang bertanggungjawab mengendalikan temubual. 5.3 Semakan berkala dan dikendalikan oleh pihak berkuasa juga patut menilai tahap sumber kewangan yang digunakan untuk temubual, termasuk penggunaan teknologi yang sesuai. Semakan berkala boleh memastikan supaya piawaian yang dipersetujui di peringkat kebangsaan digunapakai dan dipatuhi, disokong oleh kitar penambahbaikan. 5.4 Semakan boleh memanfaatkan pengetahuan dan bantuan penyelidik bebas, pengamal yang mahir dan organisasi yang berpengalaman dan komited untuk menghasilkan temubual yang berkesan. 5.5 Ketelusan dan kebertanggungjawapan patut terpakai pada semua peringkat pihak berkuasa, termasuk peringkat individu, penyeliaan dan organisasi. 5.6 Ketelusan penting bagi mengekalkan keyakinan orang awam terhadap integriti institusi dan pentadbiran keadilan secara keseluruhan. Pihak berkuasa patut membenarkan peraturan dan prosedur dalaman mereka yang berkaitan dengan temubual diakses. 5.7 Hak mengakses maklumat hendaklah dijamin kepada orang yang ditemubual, keluarga dan peguam mereka, serta perkhidmatan undang-undang dan mekanisme pemerhatian lain. 5.8 Semua maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada temubual hendaklah dilindungi daripada digunakan secara tidak wajar sejajar dengan prinsip kerahsiaan dan privasi, begitu juga undang-undang dan peraturan perlindungan data. 152 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات