MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Penyimpanan Rekod yang Berkesan
5.9 Perekodan maklumat yang berkesan merupakan prasyarat ketelusan dan
kebertanggungjawapan. Penyimpanan rekod yang baik juga boleh membantu
pengesanan awal risiko, perancangan prestasi, peruntukan sumber, proses audit dan
penyelidikan.
5.10 Apabila seseorang ditahan, rekod jagaan individu, sebaik-baiknya dalam bentuk
elektronik, dibuka secepat yang boleh dilaksanakan.
5.11 Satu rekod yang tepat hendaklah dibuat terhadap semua temubual, sebaik-baiknya
menggunakan teknologi audio-visual. Walaupun pelaksanaan rakaman audio-visual
mungkin terpaksa dilakukan secara berperingkat, namun terdapat faedah nyata dan
penjimatan berkaitan dengan rekod yang boleh dipercayai.
5.12 Rakaman audio-visual akan memudahkan penyiasatan sebarang dakwaan layanan
buruk ketika temubual. Ini demi kepentingan kedua-dua pihak yang mendakwa telah
dilayan dengan buruk dan penemubual yang didakwa melakukan layanan buruk
tersebut.
Pencegahan dan Pelaporan
5.13 Rasa hormat dan komitmen terhadap temubual yang berkesan serta perlindungan
yang berkaitan patut ditunjukkan dalam peraturan dalaman, tatakelakuan dan
penilaian prestasi pihak berkuasa yang relevan.
5.14 Semua agensi yang mengendalikan temubual patut mempunyai unit-unit aduan dan
siasatan dalaman yang dikawalselia sendiri dengan rantaian perintah dalaman yang
jelas, laporan yang tidak berat sebelah, perlindungan daripada tindak balas, dan
prosedur tertentu untuk membetulkan, mendisiplin atau membawa kepada siasatan
jenayah sebarang perlanggaran atau penyalahgunaan yang dilakukan.
5.15 Ketakpatuhan peraturan dalaman mengenai temubual patut mencetuskan respon
yang wajar dari institusi – dari latihan semula hinggalah tindakan disiplin. Perlanggaran
kewajiban institusi yang serius seperti larangan mutlak terhadap penyeksaan dan layan
buruk hendaklah dirujuk kepada tatacara jenayah dan sanksi. Sebarang perlanggaran
disiplin atau tatasusila patut ditangani dengan saksama dan sewajarnya menurut
undang-undang dan piawaian antarabangsa tentang kesaksamaan tatacara.
5.16 Pegawai kerajaan tidak sepatutnya mengabaikan kelakuan yang melanggar undangundang – tanpa mengira pangkat, gred atau peranan seseorang – tanpa mengira
tempat kejadian dan konteks.
5.17 Penyelia hendaklah menilai, mengambil tindakan positif, melaporkan atau mengangkat
apa-apa laporan kelakuan tidak profesional atau kesalahan oleh seseorang di bawah
tanggungjawabnya.
153
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات