MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Penyimpanan Rekod yang Berkesan 5.9 Perekodan maklumat yang berkesan merupakan prasyarat ketelusan dan kebertanggungjawapan. Penyimpanan rekod yang baik juga boleh membantu pengesanan awal risiko, perancangan prestasi, peruntukan sumber, proses audit dan penyelidikan. 5.10 Apabila seseorang ditahan, rekod jagaan individu, sebaik-baiknya dalam bentuk elektronik, dibuka secepat yang boleh dilaksanakan. 5.11 Satu rekod yang tepat hendaklah dibuat terhadap semua temubual, sebaik-baiknya menggunakan teknologi audio-visual. Walaupun pelaksanaan rakaman audio-visual mungkin terpaksa dilakukan secara berperingkat, namun terdapat faedah nyata dan penjimatan berkaitan dengan rekod yang boleh dipercayai. 5.12 Rakaman audio-visual akan memudahkan penyiasatan sebarang dakwaan layanan buruk ketika temubual. Ini demi kepentingan kedua-dua pihak yang mendakwa telah dilayan dengan buruk dan penemubual yang didakwa melakukan layanan buruk tersebut. Pencegahan dan Pelaporan 5.13 Rasa hormat dan komitmen terhadap temubual yang berkesan serta perlindungan yang berkaitan patut ditunjukkan dalam peraturan dalaman, tatakelakuan dan penilaian prestasi pihak berkuasa yang relevan. 5.14 Semua agensi yang mengendalikan temubual patut mempunyai unit-unit aduan dan siasatan dalaman yang dikawalselia sendiri dengan rantaian perintah dalaman yang jelas, laporan yang tidak berat sebelah, perlindungan daripada tindak balas, dan prosedur tertentu untuk membetulkan, mendisiplin atau membawa kepada siasatan jenayah sebarang perlanggaran atau penyalahgunaan yang dilakukan. 5.15 Ketakpatuhan peraturan dalaman mengenai temubual patut mencetuskan respon yang wajar dari institusi – dari latihan semula hinggalah tindakan disiplin. Perlanggaran kewajiban institusi yang serius seperti larangan mutlak terhadap penyeksaan dan layan buruk hendaklah dirujuk kepada tatacara jenayah dan sanksi. Sebarang perlanggaran disiplin atau tatasusila patut ditangani dengan saksama dan sewajarnya menurut undang-undang dan piawaian antarabangsa tentang kesaksamaan tatacara. 5.16 Pegawai kerajaan tidak sepatutnya mengabaikan kelakuan yang melanggar undangundang – tanpa mengira pangkat, gred atau peranan seseorang – tanpa mengira tempat kejadian dan konteks. 5.17 Penyelia hendaklah menilai, mengambil tindakan positif, melaporkan atau mengangkat apa-apa laporan kelakuan tidak profesional atau kesalahan oleh seseorang di bawah tanggungjawabnya. 153 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات