MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Prinsip 5 – Kebertanggungjawapan Temubual yang berkesan memerlukan
institusi yang telus dan bertanggungjawab.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Huraian
Prosedur Institusi dan Kajian Semula
5.1 Prosedur operasi standard, tatakelakuan atau arahan jabatan lain daripada pihak
berkuasa menyumbang kepada amalan temubual yang berkesan dan mendorong
perubahan dalam budaya institusi.
5.2 Selaras dengan Artikel 11 Konvensyen PBB menentang Penyeksaan, pihak berkuasa
hendaklah membuat kajian semula yang sistematik, menyeluruh dan luas terhadap
peraturan, arahan, kaedah dan amalan yang sedia ada yang berkaitan dengan
temubual. Berdasarkan penilaian ini, pihak berkuasa siasatan patut mengadaptasi dan
menghebahkan prosedur operasi standard, dasar dan tatakelakuan bagi menetapkan
piawaian yang boleh dikuatkuasakan bagi agen yang mengendalikan temubual.
Norma sedemikian hendaklah konsisten dengan piawaian yang diakui di peringkat
antarabangsa mengenai perlakuan kakitangan penguatkuasa undang-undang dan
pegawai lain yang bertanggungjawab mengendalikan temubual.
5.3 Semakan berkala dan dikendalikan oleh pihak berkuasa juga patut menilai tahap
sumber kewangan yang digunakan untuk temubual, termasuk penggunaan
teknologi yang sesuai. Semakan berkala boleh memastikan supaya piawaian yang
dipersetujui di peringkat kebangsaan digunapakai dan dipatuhi, disokong oleh kitar
penambahbaikan.
5.4 Semakan boleh memanfaatkan pengetahuan dan bantuan penyelidik bebas,
pengamal yang mahir dan organisasi yang berpengalaman dan komited untuk
menghasilkan temubual yang berkesan.
5.5 Ketelusan dan kebertanggungjawapan patut terpakai pada semua peringkat pihak
berkuasa, termasuk peringkat individu, penyeliaan dan organisasi.
5.6 Ketelusan penting bagi mengekalkan keyakinan orang awam terhadap integriti institusi
dan pentadbiran keadilan secara keseluruhan. Pihak berkuasa patut membenarkan
peraturan dan prosedur dalaman mereka yang berkaitan dengan temubual diakses.
5.7 Hak mengakses maklumat hendaklah dijamin kepada orang yang ditemubual,
keluarga dan peguam mereka, serta perkhidmatan undang-undang dan mekanisme
pemerhatian lain.
5.8 Semua maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada temubual hendaklah dilindungi
daripada digunakan secara tidak wajar sejajar dengan prinsip kerahsiaan dan privasi,
begitu juga undang-undang dan peraturan perlindungan data.
152
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات