MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
4.9 Latihan tambahan patut diberikan kepada penemubual, perantara dan jurubahasa
yang terlibat dengan proses menemubual orang dalam situasi kerentanan tinggi,
seperti kanak-kanak dan orang yang mempunyai kettidakupayaan psikososial. Latihan
sedemikian patut menyediakan panduan dalam mengawasi kesejahteraan psikologikal
orang yang ditemubual, dan jika perlu, menghentikan temubual dan mendapatkan
bantuan daripada profesional terlatih yang layak.
4.10 Kakitangan yang menguruskan dan menyelia penemubual juga patut menjalani
latihan, supaya mereka bukan sahaja meningkatkan kemahiran menemubual tetapi
juga belajar bagaimana untuk menilai kualiti keseluruhan sesebuah temubual, untuk
memberikan maklum balas dan sokongan yang sewajarnya kepada penemubual.
4.11 Individu lain yang relevan seperti hakim, pendakwa, pegawai jagaan, dan peguam
bela juga patut diberikan taklimat tentang temubual yang berkesan. Ini membantu
pemahaman bersama tentang peranan dan cabaran masing-masing, dan
memudahkan pemantauan atau penilaian luaran jika terdapat aduan.
4.12 Penggunaan teknologi dalam latihan boleh membantu meningkatkan kualiti temubual
pada masa depan dan menghasilkan data bernilai bagi penyelidikan selanjutnya. Ini
termasuklah menggunakan peralatan audio-visual bagi merakam sesi latihan dan
menggunakan temubual yang telah dirakam secara elektronik sebagai contoh untuk
sesi berdasarkan senario.
4.13 Kerjasama dalam latihan patut digalakkan antara agensi-agensi penguatkuasa
undang-undang, personel tentera dan risikan, badan pemerhati, akademi dan sekutu
antarabangsa. Penyelidik akademik dan bebas patut digalakkan memberikan akses
dan mengemukakan kajian mereka yang relevan kepada umum.
4.14 Program latihan patut sentiasa dikemaskini bagi mencerminkan evolusi piawaian
hak asasi manusia antarabangsa dan penyelidikan saintifik. Sentiasa menggunakan
penyelidikan yang berkembang dan teknik yang diakui dalam amalan juga boleh
memperkukuhkan program latihan.
Pembangunan Profesional Berterusan
4.15 Pengetahuan dan kemahiran temubual perlu dikekalkan sepanjang masa. Menerapkan
temubual yang berkesan dalam program-program pembangunan profesional
berterusan akan membantu memastikan komitmen institusi bagi temubual beretika
dan berkesan.
4.16 Elemen-elemen yang amat penting bagi pembangunan profesional yang berkesan
merangkumi komitmen daripada kepimpinan, latihan pengukuhan secara berkala
dan latihan ulang kaji untuk memperhalusi teknik, memperbetulkan kesilapan dan
mengemukakan hasil penyelidikan relevan yang terkini kepada penemubual.
4.17 Program pembangunan profesional berterusan membolehkan agensi-agensi,
terutamanya penyelia, mengawasi dan mengukur prestasi temubual dengan lebih baik,
mengenal pasti keperluan latihan selanjutnya, meningkatkan penggunaan teknologi
yang sedang berkembang dan mengemaskini pengetahuan dalam penyelidikan.
151
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات