MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Pada Julai 1999, rang undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia telah diluluskan dengan berpandukan kepada Prinsip Paris (Paris Principle) yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah NHRI. • Seksyen 2 Akta 597 ini memberi takrifan “hak asasi manusia” sebagai “kebebasan asasi” sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”. • Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 4(1) adalah: i. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia; ii. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; iii. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; iv. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia. • Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta 597 memberi penekanan kepada UDHR selagimana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. • Seksyen 12 Akta 597 memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk menyiasat aduan berhubung pelanggaran hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi prosiding atau telah diputuskan oleh mahkamah. • Seksyen 4(2), Akta 597, memberikan kuasa kepada SUHAKAM: i. memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel; ii. menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan dan mengesyorkan langkah-langkah sesuai yang perlu diambil; iii. menyiasat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia; iv. melawat tempat tahanan dan membuat syor yang perlu; v. mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan vi. melaksana apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu. • Pada 23 Ogos 2019, Kerajaan telah melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang merupakan sebahagian daripada ahli SUHAKAM. Susulan itu, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) ditubuhkan untuk membantu Pesuruhjaya Kanak-Kanak mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Kanakkanak yang ditakrifkan adalah seseorang yang di bawah umur 18 tahun di seluruh Malaysia, tanpa mengira status. 22 

Выберите целевой абзац3