MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • OCC berfungsi untuk memastikan bahawa empat (4) prinsip teras CRC dikuatkuasakan iaitu: o Tiada diskriminasi; o Kepentingan terbaik kanak-kanak; o Hak untuk perkembangan dan kelangsungan hidup; o Hormat terhadap pandangan kanak-kanak Selain itu, peranan OCC adalah untuk menasihati Kerajaan untuk meminda undang-undang yang berkaitan dengan kanak-kanak serta tatacara pentadbiran, memberi pendidikan dan latihan serta membuat siasatan terhadap pelanggaran hak kanak-kanak. Aktiviti 1: Keperluan dan Kehendak Tujuan: Aktiviti ini bertujuan memberikan kefahaman kepada peserta bahawa keperluan asas manusia membentuk hak asasi manusia untuk hidup secara bermaruah. Ia bukanlah suatu kehendak. Hak asasi manusia adalah serupa untuk setiap individu tanpa mengira latar belakang, jantina, kewarganegaraan. Bahan: Kertas mahjong, pen marker dan artikel senario Tempoh masa: 30 Minit Kaedah pelaksanaan a. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan mengandungi 5 hingga 8 orang. b. Berikan setiap kumpulan kertas mahjong dan pen marker. c. Tenaga pengajar menyenaraikan 20 perkara seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Makanan yang berkhasiat Televisyen Air yang bersih Kereta Kebebasan memberikan pendapat Bantuan perubatan Gula-gula Pendidikan Bilik tidur persendirian Perlindungan daripada diskriminasi Duit 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 23  Percutian Tempat tinggal Kebebasan beragama Komputer Pakaian berjenama Udara yang bersih Pemain mp3 Taman permainan Perlindungan daripada penderaan dan pengabaian

Выберите целевой абзац3