53.
ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid (W25) adalah Pegawai Medan
kawasan berkenaan pada hari tersebut. W25 menyatakan bahawa tembakan gas
pemedih mata dibuat untuk menyuraikan peserta-peserta perhimpunan dan
bukannya untuk mencederakan peserta.
PENEMUAN
54.
Melalui keterangan W4 dan W11, mereka menyertai perhimpunan berkenaan
untuk menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu-isu yang dibangkitkan oleh
BERSIH 2.0.
55.
W4 telah ditangkap kerana memakai baju yang dikaitkan dengan perhimpunan
BERSIH 2.0.
56.
W4 tidak dimaklumkan sebab tangkapan oleh pihak PDRM.
57.
W4 mengalami kecederaan di bahagian anggota badan seperti yang dinyatakan
dan disokong oleh laporan perubatan dan tidak menerima sebarang rawatan
sepanjang tempoh penahanan beliau.
58.
Tiada saksi bebas dapat menyokong kenyataan W4 dan W11 bahawa mereka
telah disembur dengan semburan lada sulah atau dimaki dengan kata-kata kesat
oleh anggota-anggota PDRM.
59.
Melalui kenyataan saksi-saksi, W4 tidak bertindak agresif dan hanya menggunakan
hak beliau untuk berhimpun dan bersuara. Perlakuan yang berada di dalam
sekumpulan peserta tidak menunjukkan beliau bertindak agresif dan atau bakal
mencetuskan huru-hara. Saksi juga menyatakan bahawa tiada senjata dapat
dilihat dibawa oleh mana-mana peserta termasuklah W4.
60.
Berdasarkan kenyataan saksi-saksi dan laporan perubatan, W4 dan W11 (kecuali
W11 tidak mengemukakan laporan perubatan) telah mengalami kecederaan
tetapi tidak dapat dibuktikan dengan jelas kerana tiada saksi lain yang dapat
15