memberitahu Panel bagaimana kecederaan itu terjadi dan pelaku yang menyebabkan kecederaan tersebut. Panel mengambil maklum kecederaan tersebut terjadi semasa tangkapan dibuat. 61. W28 telah menyatakan bahawa W27 mengalami patah di tulang muka sebelah kiri. Tulang tersebut telah pecah dan berkecai. Panel juga mengambil maklum pendapat pakar W28 bahawa kuasa yang menyebabkan kecederaan itu cukup kuat untuk menyebabkan kecederaan yang lebih serius sekiranya mengenai bahagian yang lebih lembut dan tidak dilindungi oleh tulang. 62. Panel tidak dapat membuat kesimpulan samada pihak PDRM telah menggunakan kekerasan yang melampau semasa melakukan tangkapan dan menyebabkan kecederaan terhadap W4 dan W11. 63. Panel berpendapat bahawa terdapat kemungkinan besar bahawa kecederaan pada W27 adalah disebabkan terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak oleh PDRM di kawasan KL Sentral. 64. Panel mengambil maklum bahawa arahan W25 adalah untuk melakukan tembakan ke arah bawah tetapi melalui rakaman video yang dibekalkan kepada kepada Panel menunjukkan terdapat seorang anggota melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah yang berlainan dengan arahan yang diberikan oleh W25. SYOR-SYOR Kebebasan Berhimpun dan Menyuarakan Pendapat 65. Peserta-peserta haruslah diberikan ruang untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pendapat mereka. 66. Panel menyedari tugas PDRM untuk menjaga keselamatan negara tetapi segala aktiviti pihak berkuasa haruslah mengambil kira hak-hak individu dan memastikan 16

Выберите целевой абзац3