48.
W11 mengatakan bahawa ketika itu beliau telah disepak beberapa kali dan
merayu supaya tidak dipukul tetapi tidak diendahkan walaupun beliau tidak
melawan. W11 juga mendakwa beliau telah disepak oleh seorang anggota Polis
dan menerima cacian daripada beberapa anggota PDRM semasa dibawa ke
tempat pengumpulan tangkapan di hadapan Menara Maybank.
49.
W11 mengatakan bahawa beliau tidak dapat mengenali anggota-anggota yang
didakwa melakukan kekasaran dan mencerca beliau kerana walaupun mereka
lengkap berpakaian seragam tetapi tidak ada tanda nama atau nombor
pengenalan.
50.
W11 tidak mengemukakan sebarang laporan perubatan untuk menyokong
keterangan beliau di mana W11 hanya mengemukakan gambar-gambar yang
menunjukkan kecederaan kepada Panel.
Fayyadh Afiq Albakqry
51.
Fayyadh Afiq Albakqry (W27) menyatakan bahawa beliau bertugas sebagai
pengawal peribadi seorang individu yang menyertai perhimpunan berkenaan.
W27 menyatakan bahawa semasa mengiringi individu berkenaan melalui kawasan
perhentian bas di bahagian bawah KL Sentral, beliau telah terkena kelongsong gas
pemedih mata yang dikatakan ditembak ke arah individu berkenaan. W27
menganggarkan bahawa jarak penembak dan beliau adalah sekitar 50 meter.
52.
W27 mengalami kecederaan di bahagian muka dan kecederaan ini disahkan oleh
Dr Mohd Nor bin Awang (W28), perunding pakar di dalam bidang Oral dan
MaxilloFacial. W28 menyatakan bahawa berdasarkan keadaan luka yang
berbentuk bulat pada muka W27 dan juga keretakan tulang pada tulang pipi
yang dialami oleh W27, kecederaan tersebut adalah konsisten dengan hentaman
kuat oleh objek tumpul yang dilepaskan dengan menggunakan kuasa yang kuat
dan di dalam situasi ini berkemungkinan besar adalah berpunca dari hentaman
dengan kelongsong gas pemedih mata. W28 juga menyatakan bahawa sekiranya
hentaman
tersebut
mengenai
bahagian
tengkorak
ianya
mungkin
akan
menyebabkan kematian.
14