MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.53 Membina hubungan baik penting dalam menyokong pengumpulan maklumat yang berkesan. Semasa temubual, hubungan baik melibatkan proses membina dan mengekalkan satu hubungan yang dicirikan oleh: rasa hormat dan percaya; corak pemikiran yang tidak menghakimi; bahasa tubuh yang tidak agresif; memberikan perhatian penuh; dan sabar. Ini mengurangkan kesan ketidakseimbangan kuasa yang wujud dalam proses temubual. 2.54 Penemubual patut mengambil masa untuk melakukan interaksi bermakna dengan orang yang ditemubual dan memberitahu semula maklumat tentang hak dan tatacara temubual dengan jelas; jika perlu, ini termasuklah bantuan seorang jurubahasa dan mana-mana pihak ketiga bagi membantu komunikasi. Jika orang yang ditemubual nampak tidak pasti dengan hak mereka, penemubual patut menjelaskan semula kepada mereka dan dapat memastikan bahawa ia telah difahami. Bagi suspek dalam kes jenayah, penemubual patut mengingatkan individu tersebut bahawa mereka berhak berdiam diri dan penjelasan mereka boleh digunakan dalam keterangan terhadap mereka. 2.55 Seorang peguam yang hadir ketika temubual bertindak sebagai sumber undangundang, saksi kepada keadilan proses tersebut, dan perlindungan terhadap salah faham, salah nyata dan sebarang percubaan untuk menjalankan temubual tersebut dengan cara yang tidak mengikut undang-undang. Fungsi ini dapat meningkatkan nilai pembuktian maklumat yang dikumpulkan sepanjang temubual. 2.56 Penemubual yang berkesan patut membina hubungan kerja yang penuh hormat dan profesional dengan peguam tersebut. Peguam yang hadir berhak bertanya soalan, meminta klarifikasi, mempertikaikan bukti yang dikemukakan, mencabar soalan yang berat sebelah atau tingkah laku penemubual yang kasar, dan secara umumnya sentiasa berjaga-jaga demi hak anak guam mereka. 2.57 Jika orang yang ditemubual meminta kehadiran seorang peguam, walaupun mereka telah mengenepikan hak tersebut sebelum itu, temubual akan ditangguhkan sehinggalah seorang peguam hadir. 2.58 Penemubual patut sentiasa memberikan perhatian penuh kepada keadaan mental dan fizikal orang yang ditemubual sepanjang temubual. Mereka patut diberikan tempoh rehat yang secukupnya tanpa gangguan, serta makanan dan minuman yang secukupnya. 2.59 Menerapkan jangkaan pada permulaan temubual akan menjadikan proses temubual lebih berkesan. Contohnya, penemubual patut menggalakkan orang yang ditemubual memaklumkan jika mereka tidak faham sesuatu atau jika mereka rasa telah disalahfaham. Orang yang ditemubual patut digalakkan untuk memberikan sebanyak mungkin butir-butir yang relevan, mengambil sebanyak mungkin masa yang diperlukan sebelum menjawab, bertanya soalan dan memberitahu sekiranya mereka memerlukan apa-apa. 142 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents