MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.53 Membina hubungan baik penting dalam menyokong pengumpulan maklumat
yang berkesan. Semasa temubual, hubungan baik melibatkan proses membina dan
mengekalkan satu hubungan yang dicirikan oleh: rasa hormat dan percaya; corak
pemikiran yang tidak menghakimi; bahasa tubuh yang tidak agresif; memberikan
perhatian penuh; dan sabar. Ini mengurangkan kesan ketidakseimbangan kuasa yang
wujud dalam proses temubual.
2.54 Penemubual patut mengambil masa untuk melakukan interaksi bermakna dengan
orang yang ditemubual dan memberitahu semula maklumat tentang hak dan tatacara
temubual dengan jelas; jika perlu, ini termasuklah bantuan seorang jurubahasa dan
mana-mana pihak ketiga bagi membantu komunikasi. Jika orang yang ditemubual
nampak tidak pasti dengan hak mereka, penemubual patut menjelaskan semula
kepada mereka dan dapat memastikan bahawa ia telah difahami. Bagi suspek dalam
kes jenayah, penemubual patut mengingatkan individu tersebut bahawa mereka
berhak berdiam diri dan penjelasan mereka boleh digunakan dalam keterangan
terhadap mereka.
2.55 Seorang peguam yang hadir ketika temubual bertindak sebagai sumber undangundang, saksi kepada keadilan proses tersebut, dan perlindungan terhadap salah
faham, salah nyata dan sebarang percubaan untuk menjalankan temubual tersebut
dengan cara yang tidak mengikut undang-undang. Fungsi ini dapat meningkatkan
nilai pembuktian maklumat yang dikumpulkan sepanjang temubual.
2.56 Penemubual yang berkesan patut membina hubungan kerja yang penuh hormat dan
profesional dengan peguam tersebut. Peguam yang hadir berhak bertanya soalan,
meminta klarifikasi, mempertikaikan bukti yang dikemukakan, mencabar soalan yang
berat sebelah atau tingkah laku penemubual yang kasar, dan secara umumnya
sentiasa berjaga-jaga demi hak anak guam mereka.
2.57 Jika orang yang ditemubual meminta kehadiran seorang peguam, walaupun
mereka telah mengenepikan hak tersebut sebelum itu, temubual akan ditangguhkan
sehinggalah seorang peguam hadir.
2.58 Penemubual patut sentiasa memberikan perhatian penuh kepada keadaan mental
dan fizikal orang yang ditemubual sepanjang temubual. Mereka patut diberikan
tempoh rehat yang secukupnya tanpa gangguan, serta makanan dan minuman yang
secukupnya.
2.59 Menerapkan jangkaan pada permulaan temubual akan menjadikan proses
temubual lebih berkesan. Contohnya, penemubual patut menggalakkan orang yang
ditemubual memaklumkan jika mereka tidak faham sesuatu atau jika mereka rasa
telah disalahfaham. Orang yang ditemubual patut digalakkan untuk memberikan
sebanyak mungkin butir-butir yang relevan, mengambil sebanyak mungkin masa yang
diperlukan sebelum menjawab, bertanya soalan dan memberitahu sekiranya mereka
memerlukan apa-apa.
142
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents