MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Soalan perbincangan:
1. Berdasarkan analisis kajian kes ini menggunakan prinsip PLAN, adakah berlaku sebarang
pelanggaran hak asasi manusia terhadap individu terbabit? Sekiranya ya, sila senaraikan
hak tersebut?
2. Berdasarkan kajian kes ini, adakah tindakan pegawai polis menghantar gambar Kiara
kepada guru disiplin merupakan satu kesalahan dalam proses penyiasatan?
3. Terdapat persepsi umum yang mengatakan polis kebiasaannya akan menggunakan
sebarang pendekatan yang mudah dalam proses siasatan untuk melengkapkan kertas
siasatan. Adakah persepsi ini benar?
4. Sekiranya anda dilantik menganggotai sebuah Suruhanjaya Penambahbaikan Polis,
apakah cadangan yang boleh diutarakan untuk membantu pasukan polis menjalankan
penyiasatan melibatkan pesalah kanak-kanak?
Kajian kes 4: Menyekat aktiviti pengganas
Berdasarkan kepada maklumat risikan, kerajaan mengesyaki bahawa tiga lelaki
merancang untuk melakukan serangan di Bandar X. Pihak berkuasa memutuskan untuk
membiarkan pengganas yang disyaki masuk ke Bandar X di bawah pemantauan risikan
polis. Pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis A dihantar untuk membantu polis di Bandar X. Polis
mempunyai maklumat bila dan di mana serangan itu dijangka akan berlaku. Berdasarkan
maklumat yang diperolehi oleh polis, pengganas akan menggunakan bom yang diletakkan
di dalam kereta yang dapat dikawal dari jarak jauh untuk meletupkannya.
Sehari setelah tiga suspek berkenaan tiba di Bandar X, mereka meninggalkan sebuah
kereta di satu tempat letak kereta. Empat pegawai pasukan khas menyamar dan memeriksa
kereta tersebut dari luar. Mereka mengesyaki bahawa kereta itu mempunyai bom
di dalamnya. Mereka memutuskan untuk menangkap ketiga-tiga suspek ketika mereka
kembali ke kereta. Ketika suspek sampai ke kereta, polis mengarahkan mereka menyerah
diri, tetapi suspek tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menyerah diri. Sebaliknya,
mereka secara tiba-tiba bertindak seolah-olah ingin meletupkan bom. Ini telah
menyebabkan ketiga-tiga suspek ditembak dan terbunuh.
Setelah pemeriksaan dibuat, ternyata suspek tidak bersenjata, dan tidak ada bahan
letupan di dalam kereta. Walau bagaimanapun, bahan untuk membuat bom masa
dijumpai di dalam kereta lain yang disewa oleh salah seorang suspek di tempat lain.
Soalan perbincangan:
1. Berdasarkan analisis kajian kes ini menggunakan prinsip PLAN, adakah berlaku sebarang
pencabulan hak asasi manusia terhadap individu terbabit? Sekiranya ya, sila senaraikan
hak tersebut?
2. Adakah negara telah mengganggu hak-hak ini? Bagaimana?
3. Bagaimana anda menilai tindakan pasukan khas pegawai?
4. Bagaimana anda menilai keseluruhan operasi terhadap suspek pengganas?
5. Fikirkan cara alternatif untuk menangani keadaan ini. Apa pilihan lain yang mungkin
boleh diambil oleh polis untuk mengelakkan penggunaan kekerasan sehingga
menyebabkan kematian suspek?
51