MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Soalan perbincangan: 1. Berdasarkan analisis kajian kes ini menggunakan prinsip PLAN, adakah berlaku sebarang pelanggaran hak asasi manusia terhadap individu terbabit? Sekiranya ya, sila senaraikan hak tersebut? 2. Berdasarkan kajian kes ini, adakah tindakan pegawai polis menghantar gambar Kiara kepada guru disiplin merupakan satu kesalahan dalam proses penyiasatan? 3. Terdapat persepsi umum yang mengatakan polis kebiasaannya akan menggunakan sebarang pendekatan yang mudah dalam proses siasatan untuk melengkapkan kertas siasatan. Adakah persepsi ini benar? 4. Sekiranya anda dilantik menganggotai sebuah Suruhanjaya Penambahbaikan Polis, apakah cadangan yang boleh diutarakan untuk membantu pasukan polis menjalankan penyiasatan melibatkan pesalah kanak-kanak? Kajian kes 4: Menyekat aktiviti pengganas Berdasarkan kepada maklumat risikan, kerajaan mengesyaki bahawa tiga lelaki merancang untuk melakukan serangan di Bandar X. Pihak berkuasa memutuskan untuk membiarkan pengganas yang disyaki masuk ke Bandar X di bawah pemantauan risikan polis. Pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis A dihantar untuk membantu polis di Bandar X. Polis mempunyai maklumat bila dan di mana serangan itu dijangka akan berlaku. Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh polis, pengganas akan menggunakan bom yang diletakkan di dalam kereta yang dapat dikawal dari jarak jauh untuk meletupkannya. Sehari setelah tiga suspek berkenaan tiba di Bandar X, mereka meninggalkan sebuah kereta di satu tempat letak kereta. Empat pegawai pasukan khas menyamar dan memeriksa kereta tersebut dari luar. Mereka mengesyaki bahawa kereta itu mempunyai bom di dalamnya. Mereka memutuskan untuk menangkap ketiga-tiga suspek ketika mereka kembali ke kereta. Ketika suspek sampai ke kereta, polis mengarahkan mereka menyerah diri, tetapi suspek tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menyerah diri. Sebaliknya, mereka secara tiba-tiba bertindak seolah-olah ingin meletupkan bom. Ini telah menyebabkan ketiga-tiga suspek ditembak dan terbunuh. Setelah pemeriksaan dibuat, ternyata suspek tidak bersenjata, dan tidak ada bahan letupan di dalam kereta. Walau bagaimanapun, bahan untuk membuat bom masa dijumpai di dalam kereta lain yang disewa oleh salah seorang suspek di tempat lain. Soalan perbincangan: 1. Berdasarkan analisis kajian kes ini menggunakan prinsip PLAN, adakah berlaku sebarang pencabulan hak asasi manusia terhadap individu terbabit? Sekiranya ya, sila senaraikan hak tersebut? 2. Adakah negara telah mengganggu hak-hak ini? Bagaimana? 3. Bagaimana anda menilai tindakan pasukan khas pegawai? 4. Bagaimana anda menilai keseluruhan operasi terhadap suspek pengganas? 5. Fikirkan cara alternatif untuk menangani keadaan ini. Apa pilihan lain yang mungkin boleh diambil oleh polis untuk mengelakkan penggunaan kekerasan sehingga menyebabkan kematian suspek? 51 

اختر الفقرة المستهدفة3