MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Semasa lawatan SUHAKAM ke lokap, Olan mengadu telah ditampar beberapa kali semasa proses soal siasat serta diugut untuk dikenakan tempoh penahanan yang lebih lama sekiranya tidak mahu mengaku terlibat dengan aktiviti “Macau Scam” yang dijalankan oleh syarikat berkenaan. Ahli keluarga Olan turut menyatakan mereka hanya dimaklumkan berkenaan penahanan Olan hanya pada kali pertama dia ditahan di IPD JB dan selepas itu, mereka tidak menerima sebarang maklumat berkenaan Olan telah dibawa dari satu balai ke balai yang lain serta tidak tahu di mana lokasi terkini Olan ditahan. Setelah direman selama 49 hari, Olan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan menunggu tarikh perbicaraan. Soalan perbincangan: 1. Berdasarkan analisis kajian kes ini menggunakan prinsip PLAN, adakah berlaku sebarang pencabulan hak asasi manusia terhadap individu terbabit? Sekiranya ya, apakah hak asasi manusia yang dicabuli? 2. Pada pandangan anda, adakah cara penyiasatan yang digunakan dalam kes ini akan memberikan sebarang impak kepada pasukan polis? Apakah impak tersebut? 3. Berdasarkan kajian kes ini, apakah yang boleh ditambahbaik oleh pihak polis? 4. Sekiranya anda dilantik menganggotai sebuah Suruhanjaya Penambahbaikan Pasukan Polis, apakah cadangan yang boleh diutarakan untuk menambahbaik siasatan polis? Kajian kes 3: Penularan gambar kanak-kanak semasa siasatan Kiara yang merupakan pelajar tingakatan 4 di sebuah sekolah menengah di Daerah Y telah ditahan pada 24 September 2019, jam 5.30 pagi di rumahnya atas kesalahan positif dadah. Kiara telah dibawa ke IPD Y untuk menjalani ujian saringan air kencing. Saringan awal ujian air kencing yang dijalankan mendapati Kiara positif ganja. Dia direman selama 3 hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Ibu bapa Kiara hanya dimaklumkan berhubung penangkapan tersebut pada hari kedua tangkapan setelah keterangan diambil oleh pihak polis daripada Kiara. Semasa berada di IPD Y, salah seorang anggota polis bertugas telah mengambil gambar Kiara dan menghantar gambar tersebut kepada guru disiplin sekolahnya bagi tujuan pengesahan. Berdasarkan prosedur, pihak polis akan memaklumkan mengenai penahanan mana-mana pelajar kepada pihak sekolah bagi tujuan mendapatkan maklumat Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Bagi kes Kiara, memandangkan jarak antara IPD Y dan sekolah agak jauh, pihak polis telah mengambil tindakan dengan menghantar gambar Kiara kepada guru disiplin bagi tujuan mempercepatkan proses pengesahan dan mendapatkan maklumat diri pelajar. Manakala, pada 27 September 2019, guru disiplin telah menunjukkan gambar Kiara semasa direman kepada pelajar-pelajar lain di sekolah sebagai peringatan agar pelajar lain tidak melakukan kesalahan yang sama. Akibat dari tindakan ini, berita Kiara ditahan polis telah tersebar di kalangan rakan-rakannya dan penduduk kampung. 50 

اختر الفقرة المستهدفة3