MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Kajian kes 5: Keganasan terhadap wanita Encik D berulang kali menganiaya isteri dan ibunya dengan tindakan kekerasan. Selepas beberapa tahun, tingkah laku Encik D yang ganas dan berbahaya menjadi perhatian pihak polis melalui beberapa insiden pukul dan pertengkaran. Encik D telah menikam isterinya sebanyak tujuh kali dan juga melanggar isteri serta ibunya dengan kereta. Selepas setiap serangan, doktor memeriksa mangsa dan melaporkan pelbagai kecederaan, termasuk pendarahan, lebam dan calar. Kedua-dua wanita itu disahkan oleh doktor mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. Tuduhan jenayah dikenakan terhadap Encik D atas tiga dakwaan iaitu ancaman bunuh, menyebabkan kecederaan tubuh yang serius dan cubaan membunuh. Encik D direman sebanyak dua kali dan dibebaskan sementara menunggu perbicaraan. Disebabkan tekanan dan ancaman bunuh Encik D, isteri dan ibunya menarik balik laporan masing-masing terhadap Encik D. Mahkamah kemudiannya menghentikan perbicaraan 2 kes, tetapi meneruskan prosiding mengenai kejadian langgar dengan kereta. Encik D telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan dan denda. Isteri dan ibu Encik D pernah membuat laporan polis mengenai ancaman dan gangguan Encik D. Mereka mendakwa bahawa hidup mereka dalam bahaya dan meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera. Disebabkan itu, Encik D disoal dan keterangannya diambil oleh polis, tetapi dia kemudian dibebaskan. Akhirnya, isteri dan ibu Encik D memutuskan untuk berpindah ke bandar lain, tetapi semasa dalam perjalanan, Encik D menghalang van tersebut. Encik D membuka pintu penumpang dan menembak ibunya. Dia mati serta-merta. Soalan perbincangan: 1. 2. 3. 4. Apakah hak asasi yang berkaitan dengan situasi yang berlaku dalam kes ini? Apakah tanggungjawab negara yang sesuai? Bagaimana anda menilai reaksi pihak berkuasa terhadap kejadian ganas ini? Adakah negara telah mengganggu hak asasi manusia yang berlaku di situasi ini? Bagaimana? 5. Adakah pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku? 6. Fikirkan cara alternatif untuk menangani keadaan ini. Apa pilihan lain yang mungkin dipertimbangkan oleh polis . 52 

اختر الفقرة المستهدفة3