MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
A
N
Kebertanggungjawaban / Accountability
• Kebertanggungjawaban secara langsung berkaitan dengan ketelusan
dalam semua tindakan penguatkuasaan. Kebertanggungjawaban adalah
keperluan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang
dapat dinilai dengan tepat oleh badan kehakiman, perundangan, kerajaan
dan pihak berkuasa politik, masyarakat awam dan lain-lain. Mekanisme
pelaporan dan kawalan perlu wujud untuk memastikan tahap ketelusan
yang sesuai.
• Mekanisme yang berkesan perlu ada untuk memastikan sebarang
pelanggaran hak asasi manusia boleh dipertanggungjawabkan atas
tindakan atau tiada tindakan individu yang berkenaan dan tiada sebarang
imuniti daripada tindakan sivil atau jenayah diberikan kepada mereka.
• Kebertanggungjawaban
juga
bermaksud
pelaksanaan
tugas
penguatkuasaan
secara
efektif
termasuklah,
antara
lain,
kebertanggungjawaban terhadap tingkah laku dan kualiti penguatkuasaan
undang-undang, pemilihan dasar dan penggunaan sumber.
Keperluan / Neccessity
• Penguatkuasa undang-undang hanya boleh menggunakan kuasa dan
autoriti mereka setakat yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Sekiranya
objektif tindakan penguatkuasaan undang-undang dapat dicapai tanpa
memerlukan penggunaan kekerasan, pegawai penguatkuasa tidak boleh
menggunakan kekerasan tersebut.
• Sekiranya penggunaan kekerasan diperlukan, ia perlu digunakan
tanpa melampaui kadar yang diperlukan untuk mencapai objektif
penguatkuasaan.
• Ini merujuk kepada kadar yang digunakan dan jangka masa penggunaannya.
5. Sekatan Hak Asasi Manusia: Pelanggaran atau Pengehadan
•
Terdapat perbezaan antara sekatan hak asasi manusia dan pelanggaran hak asasi
manusia, di mana bukan semua sekatan terhadap hak asasi manusia merupakan
pelanggaran hak tersebut. Polis boleh menyekat hak asasi pelaku jenayah
untuk tujuan yang sah seperti melindungi mangsa dan sekatan tersebut adalah
berkadaran dengan situasi.
•
Pelanggaran hak asasi manusia boleh berlaku semasa pihak polis mengambil
tindakan atau tidak mengambil tindakan apabila:
i. tidak berdasarkan kepada undang-undang dan secara sewenang-wenang
dan/atau,
ii. tidak berkadaran dengan situasi.
•
Sebilangan besar hak asasi manusia boleh (atau mesti) disekat, atau dibataskan,
dalam keadaan tertentu untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran hak asasi
manusia. Satu ungkapan klasik yang diberikan berkaitan dengan sekatan hak asasi
manusia ini ialah ‘seseorang mempunyai hak untuk menghayunkan tangannya
sendiri selagi mana tidak terkena hidung orang lain’ dan ini selaras dengan Artikel 5
Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 30 UDHR.
45