MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA A N Kebertanggungjawaban / Accountability • Kebertanggungjawaban secara langsung berkaitan dengan ketelusan dalam semua tindakan penguatkuasaan. Kebertanggungjawaban adalah keperluan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang dapat dinilai dengan tepat oleh badan kehakiman, perundangan, kerajaan dan pihak berkuasa politik, masyarakat awam dan lain-lain. Mekanisme pelaporan dan kawalan perlu wujud untuk memastikan tahap ketelusan yang sesuai. • Mekanisme yang berkesan perlu ada untuk memastikan sebarang pelanggaran hak asasi manusia boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan atau tiada tindakan individu yang berkenaan dan tiada sebarang imuniti daripada tindakan sivil atau jenayah diberikan kepada mereka. • Kebertanggungjawaban juga bermaksud pelaksanaan tugas penguatkuasaan secara efektif termasuklah, antara lain, kebertanggungjawaban terhadap tingkah laku dan kualiti penguatkuasaan undang-undang, pemilihan dasar dan penggunaan sumber. Keperluan / Neccessity • Penguatkuasa undang-undang hanya boleh menggunakan kuasa dan autoriti mereka setakat yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Sekiranya objektif tindakan penguatkuasaan undang-undang dapat dicapai tanpa memerlukan penggunaan kekerasan, pegawai penguatkuasa tidak boleh menggunakan kekerasan tersebut. • Sekiranya penggunaan kekerasan diperlukan, ia perlu digunakan tanpa melampaui kadar yang diperlukan untuk mencapai objektif penguatkuasaan. • Ini merujuk kepada kadar yang digunakan dan jangka masa penggunaannya. 5. Sekatan Hak Asasi Manusia: Pelanggaran atau Pengehadan • Terdapat perbezaan antara sekatan hak asasi manusia dan pelanggaran hak asasi manusia, di mana bukan semua sekatan terhadap hak asasi manusia merupakan pelanggaran hak tersebut. Polis boleh menyekat hak asasi pelaku jenayah untuk tujuan yang sah seperti melindungi mangsa dan sekatan tersebut adalah berkadaran dengan situasi. • Pelanggaran hak asasi manusia boleh berlaku semasa pihak polis mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan apabila: i. tidak berdasarkan kepada undang-undang dan secara sewenang-wenang dan/atau, ii. tidak berkadaran dengan situasi. • Sebilangan besar hak asasi manusia boleh (atau mesti) disekat, atau dibataskan, dalam keadaan tertentu untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran hak asasi manusia. Satu ungkapan klasik yang diberikan berkaitan dengan sekatan hak asasi manusia ini ialah ‘seseorang mempunyai hak untuk menghayunkan tangannya sendiri selagi mana tidak terkena hidung orang lain’ dan ini selaras dengan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 30 UDHR. 45 

اختر الفقرة المستهدفة3