MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 4. Prinsip Asas Penguatkuasaan Undang-Undang • Prinsip asas dalam penguatkuasaan undang-undang yang selaras dengan piawaiaan hak asasi manusia adalah ‘PLAN’(proportionality, legality, accountability dan necessity). • P L Prinsip ini perlu diterapkan kepada pasukan polis melalui latihan praktikal yang berterusan. Tanpa latihan praktikal, prinsip-prinsip ini hanya akan kekal sebagai konsep yang mampu diungkapkan tetapi tidak dapat diterjemahkan dalam tindakan. Keberkadaran / Proportionality • Kuasa yang digunakan mestilah berkadaran dengan tahap keseriusan kesalahan dan / atau objektif penguatkuasaan undang-undang yang ingin dicapai. Apabila tindakan penguatkuasaan memberi kesan negatif terhadap hak asasi seseorang, tindakan tersebut tidak boleh melampaui objektif penguatkuasaan undang-undang tersebut. • Bukan semua hak asasi manusia adalah mutlak dan negara boleh menyekat hak tersebut atas alasan yang sah. Walau bagaimanapun, sekatan terhadap hak asasi juga tidak mutlak. Di mana penguatkuasa undang-undang mempunyai kepentingan yang sah iaitu untuk menguatkuasakan undangundang, kepentingan ini mesti seimbang dengan kepentingan hak asasi manusia yang akan terjejas. • Di mana tindakan penguatkuasaan undang-undang akan mengakibatkan kesan negatif yang tidak seimbang, penguatkuasa undang-undang mesti menahan diri daripada mengambil tindakan tersebut. Walaupun tujuannya mungkin sah, tindakan penguatkuasaan undang-undang tidak dapat dilakukan tanpa mengambilkira semua pertimbangan; kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Keabsahan / Legality • Undang-undang adalah punca kuasa tertinggi bagi mana-mana penguatkuasa termasuklah polis. Sebarang tindakan penguatkuasaan mesti berdasarkan peruntukan dalam undang-undang dan dijalankan mengikut peruntukan tersebut, iaitu objektif tindakan penguatkuasaan mestilah selaras dengan peruntukan undang-undang dan kuasa yang digunakan dalam situasi tertentu mesti terkandung di dalam undang-undang. 44 

اختر الفقرة المستهدفة3