MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
6.10 Perubahan yang bermakna dan berpanjangan dalam amalan temubual memerlukan
kerajaan untuk memberikan sumber manusia dan kewangan yang mencukupi dalam
jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Ini akan memastikan keupayaan dan
kebolehan, terutamanya melalui latihan spesifik dan akses kepada peralatan rakaman.
6.11 Langkah-langkah harus diambil untuk memastikan keadilan jenayah dan pihak berkuasa
siasatan yang lain beroperasi sejajar dengan kewajipan domestik dan antarabangsa,
dan fungsi mereka telus dan bertanggungjawab terhadap pemantauan kehakiman
dan awam.
6.12 Keupayaan institusi penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa pengumpulan
maklumat yang lain boleh diperkukuhkan dengan hubungan konstruktif berterusan
dengan agensi-agensi lain, para penyelidik dan komuniti akademik. Kolaborasi
sedemikian, yang mungkin melepasi sempadan negara, boleh memberikan analisis
dan maklumat berguna yang menyumbang kepada penambahbaikan amalan
temubual.
Pihak Berkuasa Kehakiman
6.13 Kebebasan badan kehakiman dan pendakwaan hendaklah dijamin dan dilindungi
bagi membolehkan mereka memainkan peranan yang aktif dalam pelaksanaan
temubual yang berkesan. Begitu juga dengan kebebasan profesional dan saintifik
perkhidmatan forensik dan perkhidmatan lain yang berkaitan.
6,14 Dengan melaksanakan jaminan yang asasi, seperti hak perbicaraan yang adil, pihak
berkuasa kehakiman hendaklah memastikan hak orang yang ditemubual dihormati
sepanjang masa, Ini memerlukan mereka menyemak cara temubual dikendalikan
dan perlindungan undang-undang dan prosedur yang dinikmati oleh suspek, termasuk
akses kepada peguam dan profesional perubatan.
6.15 Badan kehakiman patut membuang insentif terhadap pihak berkuasa siasatan
untuk mendapatkan pengakuan dengan apa jua cara sekalipun dan sebaliknya
menggalakkan penggunaan kaedah yang beretika dan terbukti secara saintifik.
6.16 Badan kehakiman hendaklah memastikan hanya keterangan yang diperoleh menurut
undang-undang boleh diterima dalam mana-mana prosiding dan sentiasa berjagajaga terhadap sebarang petanda bahawa pernyataan mungkin dibuat melalui
paksaan atau layanan buruk. Pernyataan yang dibuat melalui paksaan atau layanan
buruk hendaklah dibuang dari mana-mana prosiding undang-undang, selaras dengan
peraturan ketakmasukan.
6.17 Suspek dan defendan patut dibawa secara fizikal ke hadapan badan kehakiman
bagi mengklarifikasikan kesahan penahanan mereka, yang mana mereka hendaklah
dibenarkan untuk mencabar. Setiap kali terdapat alasan untuk mempercayai bahawa
orang yang dihadapkan telah menjadi mangsa layanan buruk, pihak pendakwaan dan
kehakiman mesti melakukan siasatan ex officio. Mereka patut membuat permohonan
untuk pemeriksaan perubatan forensik, walaupun tiada dakwaan atau aduan yang
nyata.
158
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات