MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 6.10 Perubahan yang bermakna dan berpanjangan dalam amalan temubual memerlukan kerajaan untuk memberikan sumber manusia dan kewangan yang mencukupi dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Ini akan memastikan keupayaan dan kebolehan, terutamanya melalui latihan spesifik dan akses kepada peralatan rakaman. 6.11 Langkah-langkah harus diambil untuk memastikan keadilan jenayah dan pihak berkuasa siasatan yang lain beroperasi sejajar dengan kewajipan domestik dan antarabangsa, dan fungsi mereka telus dan bertanggungjawab terhadap pemantauan kehakiman dan awam. 6.12 Keupayaan institusi penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa pengumpulan maklumat yang lain boleh diperkukuhkan dengan hubungan konstruktif berterusan dengan agensi-agensi lain, para penyelidik dan komuniti akademik. Kolaborasi sedemikian, yang mungkin melepasi sempadan negara, boleh memberikan analisis dan maklumat berguna yang menyumbang kepada penambahbaikan amalan temubual. Pihak Berkuasa Kehakiman 6.13 Kebebasan badan kehakiman dan pendakwaan hendaklah dijamin dan dilindungi bagi membolehkan mereka memainkan peranan yang aktif dalam pelaksanaan temubual yang berkesan. Begitu juga dengan kebebasan profesional dan saintifik perkhidmatan forensik dan perkhidmatan lain yang berkaitan. 6,14 Dengan melaksanakan jaminan yang asasi, seperti hak perbicaraan yang adil, pihak berkuasa kehakiman hendaklah memastikan hak orang yang ditemubual dihormati sepanjang masa, Ini memerlukan mereka menyemak cara temubual dikendalikan dan perlindungan undang-undang dan prosedur yang dinikmati oleh suspek, termasuk akses kepada peguam dan profesional perubatan. 6.15 Badan kehakiman patut membuang insentif terhadap pihak berkuasa siasatan untuk mendapatkan pengakuan dengan apa jua cara sekalipun dan sebaliknya menggalakkan penggunaan kaedah yang beretika dan terbukti secara saintifik. 6.16 Badan kehakiman hendaklah memastikan hanya keterangan yang diperoleh menurut undang-undang boleh diterima dalam mana-mana prosiding dan sentiasa berjagajaga terhadap sebarang petanda bahawa pernyataan mungkin dibuat melalui paksaan atau layanan buruk. Pernyataan yang dibuat melalui paksaan atau layanan buruk hendaklah dibuang dari mana-mana prosiding undang-undang, selaras dengan peraturan ketakmasukan. 6.17 Suspek dan defendan patut dibawa secara fizikal ke hadapan badan kehakiman bagi mengklarifikasikan kesahan penahanan mereka, yang mana mereka hendaklah dibenarkan untuk mencabar. Setiap kali terdapat alasan untuk mempercayai bahawa orang yang dihadapkan telah menjadi mangsa layanan buruk, pihak pendakwaan dan kehakiman mesti melakukan siasatan ex officio. Mereka patut membuat permohonan untuk pemeriksaan perubatan forensik, walaupun tiada dakwaan atau aduan yang nyata. 158 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات