MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 6.18 Akhir sekali, badan kehakiman hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan bahawa mereka yang bertanggungjawab terhadap penyeksaan atau layanan buruk dibawa ke pengadilan dan tertakluk kepada hukuman yang sewajarnya. Penyebaran 6.19 Kerajaan patut menyebarkan Prinsip-prinsip ini kepada semua badan eksekutif, perundangan dan kehakiman yang relevan, terutamanya pihak penguatkuasa undang-undang dan badan berkuasa pengumpulan maklumat yang lain. 6.20 Penyebaran dengan kerjasama badan pemerhati, organisasi masyarakat sivil, dan orang awam akan membina kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa siasatan. 6.21 Kerajaan patut mengumpul maklumat langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa yang relevan dalam melaksanakan Prinsip-prinsip Temubual Berkesan bagi Penyiasatan dan Pengumpulan Maklumat, dan melaporkan perkembangannya kepada badan-badan antarabangsa dan serantau yang relevan. 159 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات