MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA c. Memudahkan kerjasama antara pakar, pengamal, dan pembuat dasar dalam merekabentuk strategi dan amalan temubual yang wajar dan berkesan d. Menggalakkan pengawasan dan kebertanggungjawapan berkenaan temubual, menangani rasuah institusi dan budaya terlepas daripada hukuman (impunity) e. Menambahbaik fungsi sistem keadilan jenayah dan pentadbiran keadilan. 6.3 Komitmen ini bukan sahaja bagi menambahbaik dasar dan amalan bagi menghalang sebarang bentuk penyeksaan dan layanan buruk lain serta menegakkan kedaulatan undang-undang, tetapi juga memperkenalkan kaedah paling berkesan bagi meningkatkan keselamatan awam berdasarkan standard antarabangsa. Kerangka Domestik 6.4 Kerajaan patut menyemak semula kerangka undang-undang, serta melaksanakan dan menerbitkan dokumen undang-undang, dekri dan dasar yang mengawalselia layanan terhadap orang yang disoal, termasuk bagaimana proses temubual dijalankan. Perundangan dan prosedur sedemikian hendaklah sesuai sepenuhnya dengan kewajipan undang-undang sedia ada di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya larangan mutlak terhadap penyeksaan dan layanan buruk. 6.5 Perlindungan yang berkaitan dengan temubual yang berkesan patut diabadikan dalam undang-undang dan peraturan, serta termasuk sekurang-kurangnya pemberitahuan segera kepada keluarga, akses kepada pemeriksaan perubatan dan peguam. Dalam hal ini, Kerajaan harus menambahkan akses kepada bantuan guaman dan pembelaan yang dibiayai kerajaan sebelum dan semasa temubual. 6.6 Penjenayahan penyeksaan dan layanan buruk yang memadai ialah kunci untuk memudahkan perjalanan temubual yang berkesan. Tiada keadaan berkecuali yang boleh dibangkitkan sebagai justifikasi penyeksaan atau layanan buruk lain. 6.7 Kerangka undang-undang hendaklah memastikan bahawa sebarang pengakuan atau pernyataan lain melalui penyeksaan atau bentuk paksaan lain tidak mempunyai nilai pembuktian, kecuali terhadap pelaku yang disyaki melakukan penyalahgunaan tersebut dan membuktikan bahawa pernyataan tersebut telah dibuat. Undang-undang negara hendaklah memastikan bahawa pelaku paksaan dan penyalahgunaan dipertanggungjawabkan. Budaya dan Keupayaan Institusi 6.8 Pemimpin institusi patut bertindak sebagai pejuang temubual yang berkesan dengan menyampaikan komitmen yang jelas dan berpanjangan untuk membuat perubahan yang positif. Mengubah budaya institusi mengenai temubual memerlukan tadbir urus yang baik dan perancangan yang teliti. 6.9 Institusi patut memastikan bahawa semua perubahan dalam kerangka undang-undang dan dasar negara yang berkaitan dengan temubual diintegrasikan dalam peraturan dan prosedur institusi dan dihebahkan secara meluas di kalangan kakitangan. Pegawai yang terlibat secara langsung dengan temubual patut diberikan panduan dalam implikasi praktikal mana-mana keperluan undang-undang dan dasar yang baru. 157 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات