MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Kajian berkaitan amalan yang berkesan
1.10 Kajian yang mendalam menyokong keberkesanan pendekatan pengumpulan
maklumat melalui temubual. Kaedah berasaskan hubungan baik, tanpa paksaan,
menawarkan set teknik berkesan yang dapat digunapakai dengan jayanya oleh
profesional terlatih untuk mengumpulkan maklumat jenayah dan perisikan dari orang
yang ditemubual - termasuk suspek jenayah, mangsa, saksi, dan sumber perisikan.
1.11 Membina dan memelihara hubungan baik ialah kemahiran mudah suai yang
membantu mewujudkan hubungan kerja dan membolehkan komunikasi yang lebih
baik. Ini dicapai oleh penemubual yang membina hubungan baik dengan orang yang
ditemubual berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat terhadap maruah manusia.
Rasa empati yang sebenar perlu ditunjukkan serta meyakinkan mereka bahawa
layanan berpatutan akan diberikan.
1.12 Teknik berasaskan hubungan baik memberikan orang yang ditemubual autonomi
terhadap apa yang mereka katakan atau tidak katakan dan memudahkan interaksi
positif antara penemubual dengan orang yang ditemubual, justeru meningkatkan
kebolehdapatan pengumpulan maklumat yang tepat.
1.13 Cara untuk penemubual menggalakkan hubungan baik termasuklah tingkah laku yang
boleh membentuk titik persamaan – tanpa berpura-pura – mengenai kepentingan
bersama, identiti, atau sikap, dan menggunakan kemahiran pendengaran aktif.
1.14 Dapatan dari sejumlah besar kajian mengenai bagaimana memori manusia mengekod,
menyimpan dan mendapatkan semula maklumat telah menghasilkan kaedah
temubual yang berkesan dalam menggalakkan laporan terperinci dan tepat oleh
orang yang ditemubual dan meminimumkan kesan faktor yang dapat mempengaruhi
keterangan mereka. Ini termasuk penggunaan soalan terbuka, tanpa saranan, dan
membolehkan seseorang mengingat kembali peristiwa atau maklumat daripada
memori mereka secara bebas tanpa gangguan oleh penemubual.
1.15 Soalan yang dirancang secara strategik membolehkan penemubual menumpukan
perhatian kepada hal-hal utama di bawah pertimbangannya. Teknik ini juga
membolehkan penemubual menentukan sama ada maklumat yang diberikan selari
dengan maklumat yang dikumpul sebelum ini.
1.16 Pada dasarnya, kajian yang meluas menunjukkan bahawa temubual yang berasaskan
hubungan baik dan tanpa paksaan:
a. Merangsang komunikasi antara penemubual dengan orang yang ditemubual
b. Memudahkan dapatan semula memori;
c. Meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan maklumat yang diberikan
d. Membolehkan pemeriksaan teliti ketepatan maklumat yang diberikan
e. Meningkatkan kebolehdapatan pengakuan yang kaya dengan maklumat dan
tulen.
f. Mengurangkan risiko mendapat maklumat palsu atau pengakuan palsu.
128
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات