MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Kajian berkaitan amalan yang berkesan 1.10 Kajian yang mendalam menyokong keberkesanan pendekatan pengumpulan maklumat melalui temubual. Kaedah berasaskan hubungan baik, tanpa paksaan, menawarkan set teknik berkesan yang dapat digunapakai dengan jayanya oleh profesional terlatih untuk mengumpulkan maklumat jenayah dan perisikan dari orang yang ditemubual - termasuk suspek jenayah, mangsa, saksi, dan sumber perisikan. 1.11 Membina dan memelihara hubungan baik ialah kemahiran mudah suai yang membantu mewujudkan hubungan kerja dan membolehkan komunikasi yang lebih baik. Ini dicapai oleh penemubual yang membina hubungan baik dengan orang yang ditemubual berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat terhadap maruah manusia. Rasa empati yang sebenar perlu ditunjukkan serta meyakinkan mereka bahawa layanan berpatutan akan diberikan. 1.12 Teknik berasaskan hubungan baik memberikan orang yang ditemubual autonomi terhadap apa yang mereka katakan atau tidak katakan dan memudahkan interaksi positif antara penemubual dengan orang yang ditemubual, justeru meningkatkan kebolehdapatan pengumpulan maklumat yang tepat. 1.13 Cara untuk penemubual menggalakkan hubungan baik termasuklah tingkah laku yang boleh membentuk titik persamaan – tanpa berpura-pura – mengenai kepentingan bersama, identiti, atau sikap, dan menggunakan kemahiran pendengaran aktif. 1.14 Dapatan dari sejumlah besar kajian mengenai bagaimana memori manusia mengekod, menyimpan dan mendapatkan semula maklumat telah menghasilkan kaedah temubual yang berkesan dalam menggalakkan laporan terperinci dan tepat oleh orang yang ditemubual dan meminimumkan kesan faktor yang dapat mempengaruhi keterangan mereka. Ini termasuk penggunaan soalan terbuka, tanpa saranan, dan membolehkan seseorang mengingat kembali peristiwa atau maklumat daripada memori mereka secara bebas tanpa gangguan oleh penemubual. 1.15 Soalan yang dirancang secara strategik membolehkan penemubual menumpukan perhatian kepada hal-hal utama di bawah pertimbangannya. Teknik ini juga membolehkan penemubual menentukan sama ada maklumat yang diberikan selari dengan maklumat yang dikumpul sebelum ini. 1.16 Pada dasarnya, kajian yang meluas menunjukkan bahawa temubual yang berasaskan hubungan baik dan tanpa paksaan: a. Merangsang komunikasi antara penemubual dengan orang yang ditemubual b. Memudahkan dapatan semula memori; c. Meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan maklumat yang diberikan d. Membolehkan pemeriksaan teliti ketepatan maklumat yang diberikan e. Meningkatkan kebolehdapatan pengakuan yang kaya dengan maklumat dan tulen. f. Mengurangkan risiko mendapat maklumat palsu atau pengakuan palsu. 128 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات