MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 1.5 Kaedah menyoal secara paksaan psikologi, contohnya memanipulasi persepsi orang yang ditemubual mengenai kesalahan (misalnya dengan mengemukakan bukti palsu), atau persepsi mereka terhadap akibat yang berkaitan dengan pengakuan (misalnya meremehkan atau membesar-besarkan akibat yang berkaitan dengan sabitan jenayah yang didakwa, membayangkan hukumannya akan diringankan, atau memberikan justifikasi moral), telah terbukti menghasilkan maklumat yang salah dan meningkatkan kadar pengakuan palsu. Ancaman atau membayangkan kemudaratan fizikal terhadap orang yang ditemubual boleh meningkatkan rasa tekanan, yang mengganggu pengembalian semula memori dan juga mengurangkan daya ingatan terhadap maklumat yang tepat atau boleh dipercayai. 1.6 Soalan yang memimpin atau menyaran jawapan (Suggestive and leading question) kepada suspek terbukti mencemarkan memori orang yang ditemubual dan menjejaskan keterangan yang diberikan. Dari segi kes suspek, kaedah menyaran dan manipulasi sedemikian mengurangkan kebolehpercayaan maklumat serta meningkatkan kemungkinan pengakuan palsu dan sabitan salah. 1.7 Apabila penemubual mengambil pendekatan untuk mendapatkan pengakuan, mereka lebih cenderung dipengaruhi oleh ‘kecenderungan pengesahan’ dan cuba untuk menafsirkan maklumat untuk mengesahkan kepercayaan mereka tentang kesalahan orang yang ditemubual. Pendekatan ini boleh merosakkan tafsiran penemubual tentang keterangan fizikal atau analisis terhadap data lain. Secara amalannya, ini bermaksud mereka lebih cenderung menggunakan soalan memimpin atau menyaran semasa temubual, begitu juga teknik paksaan, manipulatif, dan penuh tekanan, untuk mengesahkan hipotesis atau kepercayaan mereka yang sudah wujud terlebih dahulu mengenai penglibatan atau kebersalahan orang yang ditemubual. Ramalan kebersalahan yang pra-matang terbukti menyebabkan sabitan salah, keputusan yang khilaf dan orang yang benar-benar bersalah pula terlepas daripada hukuman. 1.8 Sebilangan individu adalah rentan kepada soalan menyaran. Ciri-ciri peribadi orang yang ditemubual seperti usia, ketidakupayaan intelektual atau psikososial boleh meningkatkan risiko maklumat yang tidak boleh dipercayai atau pengakuan palsu dengan membuatkan mereka lebih mudah terpengaruh dan terkesan dengan tekanan, helah, dan penipuan yang mengandungi pertanyaan. Analisis kes-kes pengakuan palsu telah berulang kali menunjukkan bahawa juvenil dan orang yang mengalami kurangupaya intelektual atau psikososial yang ditemubual antara yang membuat pengakuan palsu. 1.9 Sering kali terdapat dakwaan yang tidak benar bahawa ianya boleh untuk mengesan pembohongan dengan tepat berdasarkan tingkah laku bukan lisan. Ada yang mendakwa bahawa latihan membolehkan penemubual membezakan sama ada orang yang ditemubual jujur atau tidak berdasarkan tindak balas emosi, bahasa tubuh atau tindak balas fisiologi seseorang yang ditemubual. Indikator penipuan ini tidak boleh dipercayai. Di samping itu, banyak kajian saintifik telah menyimpulkan bahawa teknologi ‘pengesanan pembohongan’ tidak mengesan pembohongan dengan tepat, dan jika digunakan, boleh menyebabkan penghakiman salah dan juga salah laksana keadilan. 127 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات