MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
(c) Memastikan bahawa pertolongan dan bantuan perubatan diberikan kepada
mana-mana orang yang cedera atau orang yang terjejas secepat mungkin;
(d) Memastikan ahli keluarga atau rakan karib orang yang cedera atau terkesan
dimaklumkan seawal mungkin.
6. Sekiranya kecederaan atau kematian disebabkan oleh penggunaan kekerasan dan
senjata api oleh pegawai penguatkuasa undang-undang berlaku, mereka hendaklah
melaporkan kejadian itu dengan segera kepada pegawai atasan mereka, selaras
dengan prinsip 22.
7. Kerajaan harus memastikan bahawa penggunaan kekerasan dan senjata api secara
sewenang-wenang atau penyalahgunaan oleh pegawai penguatkuasa dihukum
sebagai kesalahan jenayah berdasarkan undang-undang mereka.
8. Keadaan luar biasa seperti ketidakstabilan politik dalaman atau darurat awam tidak
boleh digunakan untuk menjustifikasi berlakunya pelanggaran prinsip asas ini.
Peruntukan khas
9. Pegawai penguatkuasa undang-undang tidak boleh menggunakan senjata api
terhadap orang lain kecuali untuk melindungi diri atau melindungi orang lain daripada
ancaman bunuh atau kecederaan serius, untuk menangkap individu yang memberi
ancaman tersebut dan melawan autoriti mereka, atau untuk mengelakkan dia melarikan
diri, dan hanya apabila cara yang kurang ekstrem tidak memadai untuk mencapai
objektif ini. Dalam apa jua keadaan, penggunaan senjata api yang membahayakan
nyawa hanya boleh digunakan dengan sengaja apabila tidak dapat dielakkan sama
sekali untuk melindungi nyawa.
10. Bagi keadaan yang diperuntukkan di bawah prinsip 9, pegawai penguatkuasa undangundang hendaklah memperkenalkan diri mereka sendiri dan memberi amaran yang jelas
mengenai niat mereka untuk menggunakan senjata api, dengan memberikan masa
yang mencukupi untuk amaran dipatuhi, kecuali sekiranya melakukan perkara tersebut
akan meletakkan pegawai penguat kuasa dalam risiko atau akan menimbulkan risiko
kematian atau kemudaratan serius kepada orang lain, atau jelas tidak sesuai atau siasia dalam keadaan tersebut.
11. Peraturan dan undang-undang mengenai penggunaan senjata api oleh pegawai
penguatkuasa undang-undang hendaklah merangkumi garis panduan berikut:
(a) Menyatakan keadaan di mana pegawai penguatkuasa undang-undang
dibenarkan membawa senjata api dan menetapkan jenis senjata api dan peluru
yang dibenarkan;
(b) Memastikan senjata api hanya digunakan dalam keadaan yang sesuai dan dengan
cara yang mungkin akan mengurangkan risiko bahaya yang tidak perlu;
(c) Melarang penggunaan senjata api dan peluru yang boleh menyebabkan
kecederaan atau menimbulkan risiko yang tidak wajar;
(d) Mengatur kawalan, penyimpanan dan pengeluaran senjata api, termasuk prosedur
untuk memastikan bahawa pegawai penguatkuasa bertanggungjawab terhadap
senjata api dan peluru yang dibekalkan kepada mereka;
121
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات