MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA (e) Mensyaratkan amaran perlu diberikan semasa senjata api hendak ditembak, jika sesuai; (f) Mensyaratkan sistem pelaporan setiap kali pegawai penguatkuasa undang-undang menggunakan senjata api semasa menjalankan tugas. Mengawal perhimpunan yang tidak sah 12. Oleh kerana setiap orang dibenarkan untuk menyertai perhimpunan yang sah dan aman, selaras dengan prinsip yang termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, Kerajaan dan agensi serta pegawai penguatkuasaan undang-undang hendaklah memperakui bahawa kekerasan dan senjata api hanya boleh digunakan selaras dengan prinsip 13 dan 14. 13. Dalam penyuraian perhimpunan yang tidak sah tetapi tidak ganas, pegawai penguatkuasa undang-undang hendaklah mengelakkan penggunaan kekerasan atau, jika tidak dapat dilaksanakan, hendaklah mengehadkan kekerasan sehingga pada tahap minima yang diperlukan. 14. Dalam penyuraian perhimpunan yang bertukar ganas, pegawai penguatkuasa undangundang boleh menggunakan senjata api hanya apabila alat yang kurang berbahaya tidak praktikal digunakan dan hanya pada tahap minima yang diperlukan. Pegawai penguatkuasa tidak boleh menggunakan senjata api dalam kes sedemikian, kecuali mengikut syarat yang ditetapkan dalam prinsip 9. Mengawasi orang yang berada dalam jagaan atau penahanan 15. Pegawai penguatkuasa undang-undang, dalam hubungan mereka dengan orang dalam jagaan atau penahanan, hendaklah tidak menggunakan kekerasan, kecuali jika sangat diperlukan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam institusi, atau ketika keselamatan diri diancam. 16. Pegawai penguatkuasa undang-undang, dalam hubungan mereka dengan orang dalam jagaan atau penahanan, hendaklah tidak menggunakan senjata api, kecuali untuk mempertahankan diri atau untuk mempertahankan orang lain daripada ancaman bunuh atau kecederaan serius, atau apabila perlu untuk mengelakkan seseorang dalam jagaan atau penahanan yang berbahaya sebagaimana dirujuk bawah prinsip 9 daripada melarikan diri. 17. Prinsip-prinsip sebelumnya adalah tanpa prejudis kepada tugas dan tanggungjawab pegawai penjara, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Piawaian Minima untuk Layanan Terhadap Tahanan, terutamanya peraturan 33, 34 dan 54. Kelayakan, latihan dan kaunseling 18. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah memastikan bahawa semua pegawai penguatkuasa undang-undang dipilih melalui prosedur tapisan yang sesuai, memiliki kualiti moral, psikologi dan fizikal yang sewajarnya untuk melaksanakan fungsi mereka secara berkesan dan menerima latihan profesional yang berterusan dan menyeluruh. Tahap kecergasan berterusan untuk melaksanakan fungsifungsi ini harus dinilai secara berkala. 122 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات