MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
dengan pentadbiran keadilan, perlindungan hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan
individu, tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan awam dan keamanan sosial
dan kepentingan kelayakan, latihan dan tatalaku mereka,
Prinsip-prinsip asas yang dinyatakan di bawah, yang telah dirumuskan untuk membantu
Negara-negara Anggota dalam menjalankan tugasnya memastikan dan mempromosikan
peranan sebenar pegawai penguatkuasa, harus diambilkira dan dihormati oleh Kerajaan
dalam kerangka perundangan dan amalan negara tersebut, dan dibawa kepada perhatian
pegawai penguatkuasa undang-undang serta pihak lain, seperti hakim, pendakwa,
peguam, anggota eksekutif dan badan perundangan, serta orang ramai.
Peruntukan am
1. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang harus menerima pakai dan
melaksana peraturan dan undang-undang mengenai penggunaan kekerasan dan
senjata api terhadap individu oleh pegawai penguatkuasa undang-undang. Dalam
membangunkan peraturan dan undang-undang tersebut, Kerajaan dan agensi
penguatkuasaan hendaklah menjadikan isu etika berkaitan penggunaan kekerasan
dan senjata api dikaji dari semasa ke semasa
2. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah membangunkan
pelbagai kaedah yang seluas mungkin dan melengkapkan pegawai penguatkuasa
dengan pelbagai jenis senjata dan peluru yang membolehkan penggunaan kekerasan
dan senjata api yang pelbagai. Ini hendaklah merangkumi pembangunan senjata
yang melemahkan dan tidak membahayakan nyawa untuk digunakan dalam situasi
yang sesuai, dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan kaedah yang boleh
menyebabkan kematian atau kecederaan pada orang. Bagi tujuan yang sama,
pegawai penguatkuasa undang-undang hendaklah dilengkapi dengan peralatan
pertahanan diri seperti perisai, topi keledar, jaket kalis peluru dan kenderaan kalis peluru
untuk mengurangkan keperluan menggunakan senjata dalam bentuk apa pun.
3. Pembangunan dan pengedaran senjata yang melemahkan dan tidak membahayakan
nyawa seharusnya dinilai dengan teliti agar dapat meminimakan risiko membahayakan
individu yang tidak terlibat, dan penggunaan senjata tersebut harus dikawal dengan
rapi.
4. Pegawai penguatkuasa undang-undang, seboleh mungkin, dalam menjalankan tugas
mereka hendaklah menggunakan kaedah tanpa kekerasan sebelum menggunakan
kekerasan dan senjata api. Mereka boleh menggunakan kekerasan dan senjata api
hanya apabila kaedah lain masih tidak berkesan atau tidak menunjukkan hasil yang
diharapkan akan dapat dicapai.
5. Apabila penggunaan kekerasan dan senjata api yang sah tidak dapat dielakkan,
pegawai penguatkuasa undang-undang hendaklah:
(a) Mengawal penggunaan tersebut dan bertindak berkadaran dengan tahap
keseriusan kesalahan dan objektif yang sah yang hendak dicapai;
(b) Meminimakan kerosakan dan kecederaan, serta menghormati dan memelihara
nyawa manusia;
120
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات