MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia - sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
terdiri daripada 18 pakar yang bermesyuarat tiga kali setahun untuk mempertimbangkan
laporan lima tahun sekali yang dikemukakan oleh negara ahli kepada Kovenan berkaitan
Hak Sivil dan Politik (ICCPR) mengenai pematuhan mereka terhadap triti tersebut.
Kanak-kanak – sesiapa yang berumur kurang daripada 18 tahun. Seksyen 2, Akta KanakKanak memberikan definisi kanak-kanak sebagai seseorang yang di bawah umur lapan
belas tahun; dan berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai
umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82
Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu umur 10 tahun dan ke atas.
Keabsahan (legality) – sesuatu tindakan yang selaras dengan undang-undang yang
terpakai dalam bidangkuasa dan pada masa tersebut.
Keberkadaran (proportionality) – suatu prinsip untuk meneliti sama ada sesuatu tindakan
yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengehad hak asasi manusia adalah sesuai, adil
dan munasabah.
Kebertanggungjawaban (accountability) – tindakan secara telus dan mengikut prosedur
tanpa sebarang pengecualian terhadap sebarang pelanggaran hak asasi manusia yang
berlaku.
Kedaulatan undang-undang – konsep di mana tidak ada sesiapapun sama ada pegawai
kerajaan atau pemimpin tertinggi negara yang berada di atas undang-undang. Undangundang yang sama mengikat mereka yang memerintah dan mereka yang diperintah.
Ia adalah Rukun Negara ke-4. Kedaulatan undang-undang atau “Rule of Law” adalah
berbeza dengan pemerintahan berdasarkan undang-undang atau “Rule by Law” di mana
kedaulatan undang-undang bermaksud undang-undang tersebut perlulah berdasarkan
kepada prinsip-prinsip ketertinggian undang-undang, kesaksaman di hadapan undangundang, pertanggungjawaban terhadap undang-undang, keadilan dalam penerapan
undang-undang, pemisahan kuasa, penyertaan dalam pembuatan keputusan, kejelasan
perundangan, pencegahan sewenang-wenang, dan ketelusan prosedur dan perundangan.
Kekerasan melampau – kekerasan yang digunakan melebihi daripada keperluan dan
keberkadaran oleh seseorang penguatkuasa undang-undang. Seorang penguatkuasa
undang-undang boleh dipertanggungjawabkan atas pengunaan kekerasan yang
berlebihan dalam tangkapan, soal siasat, atau tapa-apa indakan penguatkuasaan lain.
Keperluan (necessity) - keadaan yang perlu ada terlebih dahulu sebelum sesuatu
pengehadan hak asasi manusia atau penggunaan kekerasan oleh negara atau agennya
dibenarkan.
Kovenan – perjanjian yang mengikat antara negara; digunakan secara sinonim dengan
konvensyen dan triti. Kovenan hak asasi manusia antarabangsa utama yand diterimapakai
pada tahun 1966, adalah Kovena Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) dan
Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR).
Konvensyen - perjanjian yang mengikat antara negara; digunakan secara sinonim dengan
triti dan kovenan. Konvensyen lebih kuat daripada perisytiharan kerana ia adalah undangundang yang mengikat negara yang telah meratifikasinya.
173
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات