MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Jawatankuasa Hak Asasi Manusia - sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terdiri daripada 18 pakar yang bermesyuarat tiga kali setahun untuk mempertimbangkan laporan lima tahun sekali yang dikemukakan oleh negara ahli kepada Kovenan berkaitan Hak Sivil dan Politik (ICCPR) mengenai pematuhan mereka terhadap triti tersebut. Kanak-kanak – sesiapa yang berumur kurang daripada 18 tahun. Seksyen 2, Akta KanakKanak memberikan definisi kanak-kanak sebagai seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun; dan berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu umur 10 tahun dan ke atas. Keabsahan (legality) – sesuatu tindakan yang selaras dengan undang-undang yang terpakai dalam bidangkuasa dan pada masa tersebut. Keberkadaran (proportionality) – suatu prinsip untuk meneliti sama ada sesuatu tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengehad hak asasi manusia adalah sesuai, adil dan munasabah. Kebertanggungjawaban (accountability) – tindakan secara telus dan mengikut prosedur tanpa sebarang pengecualian terhadap sebarang pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku. Kedaulatan undang-undang – konsep di mana tidak ada sesiapapun sama ada pegawai kerajaan atau pemimpin tertinggi negara yang berada di atas undang-undang. Undangundang yang sama mengikat mereka yang memerintah dan mereka yang diperintah. Ia adalah Rukun Negara ke-4. Kedaulatan undang-undang atau “Rule of Law” adalah berbeza dengan pemerintahan berdasarkan undang-undang atau “Rule by Law” di mana kedaulatan undang-undang bermaksud undang-undang tersebut perlulah berdasarkan kepada prinsip-prinsip ketertinggian undang-undang, kesaksaman di hadapan undangundang, pertanggungjawaban terhadap undang-undang, keadilan dalam penerapan undang-undang, pemisahan kuasa, penyertaan dalam pembuatan keputusan, kejelasan perundangan, pencegahan sewenang-wenang, dan ketelusan prosedur dan perundangan. Kekerasan melampau – kekerasan yang digunakan melebihi daripada keperluan dan keberkadaran oleh seseorang penguatkuasa undang-undang. Seorang penguatkuasa undang-undang boleh dipertanggungjawabkan atas pengunaan kekerasan yang berlebihan dalam tangkapan, soal siasat, atau tapa-apa indakan penguatkuasaan lain. Keperluan (necessity) - keadaan yang perlu ada terlebih dahulu sebelum sesuatu pengehadan hak asasi manusia atau penggunaan kekerasan oleh negara atau agennya dibenarkan. Kovenan – perjanjian yang mengikat antara negara; digunakan secara sinonim dengan konvensyen dan triti. Kovenan hak asasi manusia antarabangsa utama yand diterimapakai pada tahun 1966, adalah Kovena Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) dan Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR). Konvensyen - perjanjian yang mengikat antara negara; digunakan secara sinonim dengan triti dan kovenan. Konvensyen lebih kuat daripada perisytiharan kerana ia adalah undangundang yang mengikat negara yang telah meratifikasinya. 173 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات