MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) - triti hak asasi manusia antarabangsa antara 47 negara yang menjadi anggota Majlis Eropah (CoE). Majlis Eropah adalah berbeza dengan Kesatuan Eropah. Negara yang menandatangani ECHR telah membuat komitmen perundangan untuk mematuhi piawaian perilaku tertentu dan untuk melindungi hak dan kebebasan asasi . ia adalah perjanjian untuk melindungi kedaulatan undang-undang dan mempromosikan demokrasi di negara-negara Eropah. Ia ditandatangani pada tahun 1950 dan berkuatkuasa pada tahun 1953. Magna Carta - bermaksud ‘Piagam Agung’ merupakan satu dokumen paling terkenal di dunia. Ia dipersetujui oleh Raja John dari England yang memerintah antara tahun 1199–1216, sebagai penyelesaian kepada krisis politik yang dihadapinya pada tahun 1215. Magna Carta menetapkan untuk pertama kalinya prinsip bahawa setiap orang, termasuk raja, tunduk pada undang-undang. Magna Carta menjadi tonggak perlembagaan Inggeris. Sebahagian besar daripada 63 fasal yang dikemukakan oleh Raja John menangani rungutan khusus yang berkaitan dengan pemerintahannya. Fasal ke-39 memberikan semua ‘lelaki merdeka’ hak kepada keadilan dan perbicaraan yang adil. Beberapa prinsip teras Magna Carta kemudiannya terkandung dalam banyak dokumen perlembagaan lain di seluruh dunia, serta dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah 1950. Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah – mahkamah yang terletak di Strasbourg, Perancis ini merupakan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa melampaui sempadan negara dan ditubuhkan mengikut Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. Ia menyediakan jalan penyelesaian perundangan terakhir kepada individu yang mendakwa bahawa negara ahli kepada Konvensyen tersebut telah melanggar hak asasi mereka. Majlis Hak Asasi Manusia - sebuah badan antara kerajaan dalam sistem PBB yang terdiri daripada 47 Negara Ahli yang bertanggungjawab untuk memperkukuh promosi dan perlindungan hak asasi manusia di seluruh dunia. Majlis ini dibentuk oleh Perhimpunan Agung PBB pada bulan Mac 2006 untuk menggantikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, dan dengan tujuan utama menangani situasi pelanggaran hak asasi manusia dan membuat syor berkaitannya. Maruah diri – nilai diri individu sebagai manusia yang perlu dihargai, dihormati, dan dilayan secara terhormat. Maruah diri manusia menjadi asas kepada konsep hak asasi manusia. Negara - menurut Artikel 1 Konvensyen Montevideo 1933, negara sebagai pihak yang tertakluk kepada undang-undang antarabangsa memiliki ciri-ciri berikut: 1. Penduduk tetap 2. Wilayah yang ditentukan 3. Kerajaan 4. Kapasiti untuk menjalin hubungan dengan negara-negara lain. Negara ahli - negara yang mertifikasi mana-mana undang-undang antarabangsa maka menjadi ahli dan tertakluk kepada undang-undang tersebut. Negara anggota - negara yang menjadi anggota organisasi antara kerajaan antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Eropah. 174 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات