MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Hak ekonomi, sosial dan budaya - adalah hak asasi manusia berkaitan asas sosial dan ekonomi yang diperlukan untuk individu menjalani kehidupan bermaruah dan bebas, antaranya adalah hak pekerjaan, jaminan sosial, kesihatan, pendidikan, makanan, air, perumahan, persekitaran yang sihat, dan budaya. Pada tahun 1966, PBB telah mengkodifikasi hak ini dalam bentuk triti yang mengikat negara yang meratifikasinya dikenali Kovenan Antarabangsa berkaitan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR). Hak mutlak - hak yang secara teorinya tidak boleh disekat atau dikompromikan. Dalam konvensyen hak asasi manusia, hak tertentu dianggap sangat penting sehingga tidak boleh dikompromi antaranya hak untuk hidup, hak untuk bebas dari penyeksaan dan layanan atau hukuman yang tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah dan hak untuk bebas dari perhambaan. Hak-hak ini juga dikenal sebagai norma undang-undang antarabangsa atau jus cogens. Hak Sivil dan Politik – hak asasi manusia yang melindungi kebebasan individu dari pelanggaran oleh negara, organisasi atau individu lain bagi menjamin kemampuan seseorang untuk menyertai dalam kehidupan sivil dan politik masyarakat serta negara tanpa diskriminasi atau penindasan. Antaranya adalah perlindungan daripada perhambaan, hak untuk memilih kerajaan, hak untuk perbicaraan yang adil, hak untuk berfikir dan bersuara, hak privasi, dan akses kepada perkhidmatan awam. Pada tahun 1966, PBB telah mengkodifikasi hak ini dalam bentuk triti yang mengikat negara yang meratifikasinya dikenali Kovenan Antarabangsa berkaitan Hak Sivil dan Politik (ICCPR). Hak terbatas – hak asasi yang boleh disekat atau dikompromi mengikut undang-undang apabila diperlukan semata-mata untuk melindungi keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau moral atau hak dan kebebasan orang lain. Antaranya adalah kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun, menubuhkan kesatuan dan sebagainya. Imuniti – konsep undang-undang yang dinyatakan dalam hubungan kontrak atau perundangan antara dua pihak di mana seseorang atau pihak atau negara yang mempunyai imuniti tidak boleh diambil tindakan perundangan ke atasnya oleh pihak berkuasa tempatan sesuatu negara selagimana kontrak atau undang-undang tersebut berkuatkuasa. Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) – Institusi kebangsaan yang ditubuhkan oleh negara untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di dalam negara tersebut. Walaupun ditubuhkan oleh kerajaan, namun NHRI berperanan sebagai institusi bebas yang memantau pelaksanaan tanggungjawab oleh kerajaan dan agensi-agensinya. NHRI ditubuhkan selari dengan Prinsip Paris yang menjadi kayu ukur kepada kebebasan dan integriti NHRI. Instrumen hak asasi manusia - apa-apa dokumen bertulis rasmi dari sebuah negara atau beberapa buah negara yang menetapkan hak-hak tertentu sebagai prinsip yang tidak mengikat (perisytiharan) atau mengkodifikasi hak-hak tertentu yang secara perundangan mengikat negara-negara yang meratifikasikannya (triti, kovenan, atau konvensyen) sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 172 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات