MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA l. Hak untuk dibawa ke hadapan seorang hakim atau pihak berkuasa kehakiman yang lain dengan segera m. Akses kepada mekanisme aduan dan pemerhatian yang bebas dan berkesan Sebelum Temubual – Memastikan Persekitaran yang Tidak Memaksa 2.10 Menghormati dan mematuhi hak asasi manusia sejak pertemuan pertama antara pihak berkuasa dan orang yang ditemubual sangat penting untuk mewujudkan persekitaran yang tidak memaksa. Ini membolehkan pegawai-pegawai perisik, tentera, penguatkuasa undang-undang atau keselamatan mewujudkan keadaan yang sesuai untuk mengumpulkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai semasa temubual, menjalankan tanggungjawab Kerajaan di bawah undang-undang antarabangsa dan melindungi hak-hak orang yang ditemubual. 2.11 Perlakuan yang tidak mematuhi undang-undang, tidak profesional dan kurang bertanggungjawab, pada tahap awal pertemuan mungkin mencemarkan keseluruhan proses kehakiman dan tidak dapat dipulihkan. 2.12 Stereotaip dan prejudis boleh mencemarkan sesebuah temubual dan melemahkan pendekatan berasaskan hubungan baik dan pemikiran terbuka yang diperlukan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dari temubual. Penemubual perlu mempunyai kesedaran diri yang tinggi untuk mengelakkan pertimbangan pra-anggapan dalam sedar dan tidak sedar mengenai identiti, ciri atau latar belakang orang yang ditemubual daripada mempengaruhi soalan dan tafsiran terhadap maklumat yang diberikan. 2.13 ‘Perbualan tak rasmi’ yang berisiko menggagalkan temubual rasmi atau perlindungan yang terpakai tidak sepatutnya berlaku. Sebaik saja keputusan untuk tangkapan dibuat, pegawai sepatutnya hanya mengutarakan soalan yang tertentu sahaja kepada orang yang bakal ditemubual di luar temubual rasmi, seperti maklumat peribadi atau data biografi yang perlu bagi tujuan melaksanakan tangkapan dan tatacara meletakkan orang di bawah jagaan. 2.14 Risiko layanan yang melanggar undang-undang dan tidak berperikemanusiaan sangat tinggi terutamanya semasa ditangkap atau ditahan dan sebelum tiba di tempat tahanan yang rasmi. Risiko yang berkaitan sepanjang tempoh ini termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan, penyalahgunaan sekatan, menyoal dengan paksaan secara mendadak, dan mengurung secara berpanjangan dalam kenderaan pembawa – semuanya boleh terjumlah atau serupa seperti penyeksaan. 2.15 Apabila keputusan dibuat untuk meletakkan seseorang dalam tahanan, pihak berkuasa hendaklah memastikan bahawa orang tersebut dibawa tanpa berlengah-lengah lagi ke tempat tahanan rasmi yang dikenal pasti. Pada setiap masa seorang tahanan dihantar dari atau ke tempat tahanan (atau lokasi lain, contohnya mahkamah) untuk ditemubual, dia hendaklah dibawa dengan cara yang berperikemanusiaan, selamat dan terlindung. Prosedur membawa tahanan dengan selamat hendaklah disokong dengan penyimpanan rekod yang menyeluruh dan betul, dalam daftar rasmi yang mencatit rekod penjagaan setiap individu dan merekod butir-butir seperti waktu halangan kebebasan, individu yang bertanggungjawab ke atas jagaan, keadaan tahanan semasa ketibaan, dan waktu ketibaan di tempat tahanan. 135 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات