MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.5 Objektif semua temubual ialah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai daripada orang yang ditemubual; bukannya untuk mengesahkan kepercayaan penemubual tentang apa yang mungkin berlaku, atau memaksa mereka yang ditemubual memberikan maklumat. Maklumat yang tepat dan boleh dipercayai menjadi asas pembuatan keputusan yang kukuh oleh pihak berkuasa siasatan dan proses mengumpulkan maklumat. 2.6 Mencari maklumat yang tepat dalam temubual bermaksud penemubual menyasarkan untuk mendapatkan gambaran kejadian yang bebas daripada kesilapan atau kecacatan semampu yang mungkin. Memori boleh menjadi lemah, tidak sempurna, tidak lengkap dan menghilang dengan cepat. Oleh yang demikian, penemubual patut berusaha mengumpul dan merekod keterangan apakah yang berlaku dalam sesuatu kejadian melalui pemeriksaan, penuh fakta dan selengkap mungkin tanpa ada apa-apa yang tertinggal atau diputarbelitkan. 2.7 Mencari maklumat yang boleh dipercayai dalam sesebuah temubual bermaksud keterangan tersebut, ketika diberikan tanpa halangan atau paksaan, boleh dipercayai dan boleh dipertahankan ketika pemeriksaan rapi, contohnya dalam prosiding undang-undang nanti. Perlindungan Undang-undang 2.8 Perlindungan undang-undang dan prosedur yang terpasak dalam norma perundangan antarabangsa merupakan komponen penting dalam proses temubual. Pelaksanaannya yang berkesan ketika sebelum, semasa dan selepas temubual menyumbang kepada kejayaan proses tersebut, dengan memastikan rasa hormat terhadap hak asasi serta meningkatkan kebolehpercayaan dan nilai keterangan daripada maklumat yang diperolehi. Perlindungan undang-undang meningkatkan kebarangkalian temubual dijalankan dengan profesional, berkesan dan layanan berpatutan diberikan sepanjang proses pengumpulan maklumat dan kehakiman. Maka menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, termasuk penemubual, bagi memastikan bahawa orang yang ditemubual dilayan dengan bermaruah dan menghormati piawaian undang-undang yang relevan kerana ia memberikan hasil yang sah dari segi undang-undang. 2.9 Pihak berkuasa hendaklah memastikan pelaksanaan berkesan perlindunganperlindungan berikut sepanjang proses temubual: a. Hak untuk dimaklumkan tentang hak b. Hak untuk berdiam diri c. Hak untuk dimaklumkan tentang sebab tangkapan dan sebarang pertuduhan ketika tangkapan d. Akses kepada penterjemahan e. Hak untuk memaklumkan ahli keluarga atau pihak ketiga tentang penahanan f. Hak mendapatkan akses kepada peguam, termasuk melalui bantuan guaman g. Hak mendapatkan akses kepada doktor dan pemeriksaan perubatan bebas h. Hak menghubungi dunia luar i. Pendaftaran individu yang diletakkan dalam tahanan j. Rakaman penuh temubual k. Hak untuk menyemak dan menandatangani rekod temubual 134 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات